Tuesday, December 14, 2010

Cikgu Shida oh Cikgu Shida

Salam. Bismillah.

Korang pernah tengok videoclip Cikgu Shida Bota tu tak? Hah.. aku mmg suka tengok VC dia, lebih lagi dengan mimik muka dia yang slambee jer tu. Mmg talented sungguh cikgu sorang ni. Tapi ada juga yang mempergunakan VC dia kat FB ni sambil ngutuk satu donia macam cikgu ni ada membunuh orang pulak.

Orang yang mengata tu tak boleh nampak bakat seni dalam diri cikgu sorang ni. Kalau dia ni dihantar ke MATIC (ada lagi ke) untuk ikut kelas teater, insya Allah, mungkin akan jadi salah seorang artis yang versatile.

Tapikan untuk pengetahuan korang semua terutama yang ngutuk2 cikgu shida ni tak hengat, cikgu ni sebenarnya ada masalah sikit dengan hati dan perasaan. Asalnya beliau bukanlah seperti ini. Beliau merupakan seorang cikgu biasa yang pendiam dan mengajar Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Perak sana.

Mana aku tahu? Malam tadi selepas selesai sessi pertama main-main kaler dengan adik aku, kitrg pun layanlah FB. Dalam pada tu adik aku tanya lah pernah tak tgk VC CS ni. Kebetulan adik aku ni nama SHIDA juga, aku nyakatlah dia.. kitrg pun tanya lah VC CS ni kt Mr. Google. Sekali hambik ko.. berderet... so malam tadi (eh, dh pg lah.. kul 3 kot) kitrg dok layan lagu Jangan Berpacaran yang dia kejap jadik laki, kejap jadik ppn tu.. korang jangan harap aku nak attach dalam blog aku ni yer sbb aku tak nak exploitasi dia.

SAmbil tu kitrg pun tanya lagi kat Mr. Google mana asalnya CS ni.. hah.. Mr. Google bagi jawapan tepat utk soklan kitrg.. korang boleh baca yer kat sini, sebab aku malas nak nyalin.. Nak kejar masa nk masak mee sup tuk anak2 aku sebelum aku kuar beli barang ni.. Hha.. layan lah yer.. aku baru lepas layan ni.. Adios.

Hati Seorang Ibu

Salam. Bismillah.

Sejak duduk rumah ni, aku selalu borak dengan emak. Borak yang kisahnya tentang orang sana, orang sini.. pendek kata ada sajalah topik yang mak aku nak cerita lepas tu aku tolong tokok tambah dengan soalan, kekadang dengan topik lagi hangat di pasaran .

Bila mak dah tinggal seorang ni, mak banyak sangat cerewet dan simpan dalam hati. Ada saja yang tak kena pada mak atas tindak tanduk anak2. Sampaikan soal makan minum pun mak nak ambil hati. Kalau ikutkan hati muda aku ni, tak de lah besar mana hal tu tapi pada mak dia memandang benda tu sebagai satu benda penting untuk disimpan dalam hati.

Mudahnya bila soal2 seperti pekerjaan diutarakan oleh emak; macam dulu emak pernah minta kami mohon kerja di sini dan di sini tapi jawapan kami adik beradik adalah tak sesuai, gaji kecil, jauh etc, maka dikala ini emak akan mengungkit semula semuanya, seakan2 hidup kami adik beradik sekarang ini 'sangat-sangat-susah' dengan kerjaya yang ada. Emak juga akan katakan berkali2 tentang perangai kami adik beradik yang seakan2 menyalahkan emak kalau kami dinasihatkan untuk kerja bahagian ini, buat macam ini.

Serasa ringan mulut nak menyahut tentang betapa aku hampa nak masuk ke Vokay dulu; gara2 emak dan arwah abah tak benarkan aku naik bas loncat sebab tak dapat asrama. Ala.. bukan jauh pun.. setapak jer.. kalau aku ungkit agaknya apa jawapan mak? Mungkin kalau dulu aku masuk Vokay, sekarang aku dah jadi apa? Tapi segera teringat kata2 Ustazah Asni Mansor tentang topik KALAULAH, rancangan USRAH, seakan aku menyalahkan takdir dan menidakkan ketentuan Ilahi. Aku redha dengan keadaan sekarang, tapi kenapa agaknya emak tak cuba redha dengan keadaan kami?

Mungkin aku masih baru dalam dunia seorang ibu, dan tidak memahami betul2 apa yang cuba emak maksudkan. Mungkin juga aku belum berada dalam stage yang sedang emak ada sekarang ini di mana anak2 sudah membesar dan berkahwin tetapi masih ada anak yang hidupnya tunggang langgang, kerana anak2 aku baru nak masuk sekolah rendah. Mungkin juga aku belum diuji Allah dengan masalah anak2.. Mungkin dan mungkin dan mungkin.. Allah yang lebih mengetahuiNya.

Tapi aku harap sangat keredhaan itu ada dalam hati emak sebab setiap hambaNYA dikurniakan sesuatu yang berbeza2. Bila aku belajar tentang redha, aku nak emak juga belajar tentang redha, tidak ungkit2 perkara lalu. Dan dengan nama ALLAH, aku berdoa semoga ALLAH sentiasa melindungi emak, mengampunkan dosa2 emak, merahmati emak dan mengurniakan kebahagian hakiki untuk emak bila sampai masanya nanti. Dan aku juga berdoa semoga anak2 aku dapat memberi kebahagiaan kepada aku, setidak2nya tidak mengecewakan aku sebagaimana aku pernah mengecewakan emak. Wallahualam.

Syamil Eusoff, Coklat & Assistant

Salam. Bismillah.

Syamil Eusoff.

Eusoff sekarang dah hampir 7 bulan, bermakna sudah beberapa bulan aku tak update tentang anak teruna aku sorang ni. hihihi.. mamanya teramat bz crazi dengan tugasan pejabat (dulu), tugasan rumah (sekarang) dan tuntutan cari nafkah di rumah. Abang (panggilan baru untuk Eusoff) dah mara ke depan, bukan lagi menonggeng dan berundur macam bulan lepas. Abang juga dh mula gatal gusi, asik gigit nipple aku waktu breastfeeding. Abang pun tengah demam ni, mungkin sebab giginya nak keluar sesangat. Langsung aku tak boleh nak buat kerja rumah, memasak & buat hal sendiri dek penangan Abang. Anak2 aku yang dulu kalau nak tumbuh gigi tak pernah demam, tau2 dah ada 2 batang gigi, tak kiralah atas atau bawah. Tapi sebaliknya dengan anak teruna aku sorang ni.. tiap kali demam (masuk ni dah 2 kali) mesti nak melekat dengan aku dan mesti kesannya berminggu2. Sungguh bak kata ayah, Abang ni anak mama. huhuhu...

Coklat & Assistant

Aku kan baru berjinak2 dengan bisnes coklat ni.. jadinya banyaklah masa aku habiskan dengan buat research tentang coklat yang aku cari dalam internet (sifu aku teramat bz smpikan tak senang nak melayan sms aku! huh!) dan alhamdulillah, order dari teman2 amatlah memberangsangkan. terima kasih kepada semua kerana sudi order coklat dengan aku. Setakat ni kalau nak dikirakan order paling tinggi aku pernah dapat adalah LolliChoc sebanyak 200btg. Memang pada oranglain macam .. ala.. baru banyak tu dah nak kecoh tapi pada aku yang baru sebulan buat perniagaan coklat dari rumah ni, sangatlah hepi tak hengat bila kawan baik aku bagi support dan order sebanyak tu untuk majlis kawen anak kepada ayah angkat dia.

Dalam pada hepi tak hengat tu, aku rasa sedih juga sebab adik aku merangkap assistant dan peneman aku tak tidur malam sampai ke pagi buat coklat akan masuk ke UiTM Lendu Melaka pada 27hb ni. Aduh.. tak de lah orang nak teman aku lagi sampai ke pagi. Tak delah aku kawan nak 'mabuk tahi' sampai ke pagi menyiapkan order. hahaha.. mak lang mesti ghindu nanti nak buat coklat & makan coklat yang banyakkkkkkkk disebabkan aku yang sangat cerewet telah me'reject' mana2 coklat yang cacat kaler, cacat bentuk dan cacat macam2 lg.

Lepas ni kalau ada order banyak kenalah aku buat waktu siang sebab tak nak bermalam seorang diri dengan tv yang menayangkan cerita yang ntah-hapa-hapa tu. Kalau dok keluar citer yang best2 tu aku pulak yang lagut tengok sampai tak sedar waktu nak kena cek coklat nanti.

Harap Mak Lang dapat sesuaikan diri di UiTM tu dan khatam belajar. Nanti leh keje best2, dpt gaji besar belanja anak2 kat sini..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..