Thursday, June 18, 2009

I did It!!!

Salam. Bismillah.


I did it!!! Watching movie alone without my dearest hubby and daughters... but then it is not JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK, i did watch NIGHT AT THE MUSEUM 2.. best giler....

Nak tau kenapa last minutes tukar plan? Actually bukan tukar plan tu, the fact is aku tak pernah tengok cerita melayu di panggung selepas tahun 1992.. tak percaya??? Heheheh.. sebab citer melayu tayangan tahun ni akan keluar tv untuk raya tahun berikutnya.. Jadi dari aku buang duit, baik lah aku tengok wayang gambar omputih... hahahha....

Dan belanja seharian semalam ditaja oleh Encik The Other Part Of Me yang cancel last minute meneman jalan-jalan cuci mata. Dari note RM100 yang diberi, ku pecah-pecahkan menjadi kepingan-kepingan kecil dimana RM9 utk tiket wayang, RM17.50 untuk sandal di Bata, RM6.30 untuk Penang Kuey Teow Sup, RM6.10 untuk jajan sambil tengok wayang dan RM2.50 untuk tea time di La' Boheme.. Total semuanya Encik The Other Part Of Me adalah :- RM 41.40 dan baki sebanyak RM 58.60 tidak akan dipulangkan ye Encik The Other Part Of Me.. Harap Maklum.

Pas dah meronda tu, pukul 4.40 Encik The Other Part Of Me fetch aku untuk dibawa berjumpa dengan Nazhah di CIMB Jalan Masjid Jamek. Nak tau..... masa jumpa Naz ni kan tetiba je dengar bunyi kaca berderai. Aku yang time tu sedang gelak2 manja ngan Naz kat tepi jalan tu tercengang sekejap.. Suma orang dok pandang tang bus stop yang dibawahnya penuh ngan kaca bertaburan.. Hah... sib baik tak de orang jalan kat bawah tu time tu tau. Kereta power Ford Ranger FIL yang ku pinjam tu pun sib baik tak de kecederaan walaupun kejadian tu berlaku di depan Encik The Other Part Of Me memparkir kereta itu.. Takut kan Naz, kan???

Bila ku selidik dari Encik The Other Part Of Me, dia kata ada hammer jatuh dari construction sebelah tu. Wa lau wey... kalau kena kapla, mau retak tengkorak tu.. pas tu pe citer eh Naz?

Oh... ku tertinggal bab KENAPA KU JUMPA NAZHAH? Al-kisah... tanganku masih sakit ya amat, dan undangan sesi pinjaman FS dari Lia kawannya si Aishah hanya dapat dipenuhi pada hari sabtu memandangkan kunci rumahnya berada di dalam rumah. Nak amik camna kan?? Ku tak salahkan ibu mengandung.. sifat pelupa itu memang lumrah untuk ibu-ibu yang sudah putus urat2 sewaktu bersalin. Jadinya, Nazhah call dan sms ku untuk pinjamkan S3nya yang dibeli untuk kegunaan orang ramai.. hahahah.. baik ati tul budak sorang ni.. Maka, perjumpaan semalam adalah perjumpaan suka sama suka bagi menukar barangan ke tangan kosongku.

Aku belum cuba pakai sebab dah 4 bulan ku tinggalkan S3, mesti nak kena tune mood breast dulu, kan? jadinya malam ni baru aku nak pujuk breast ku menerima pengepam baru. Doa-doalah breastku yang dah mula mesra alam dengan harmony ini berupaya untuk menambah kenalan, sebab tangan aku ni pulak ngada-ngada tak nak baik2 walaupun malam tadi ku dah minta urut sama itu makcik tukang urut satu badan aku tu.

Tak pe.. akan ku pujuk rayu breastku ini malam.... tunggu yeeee........

Wednesday, June 17, 2009

Buat Hal

Salam. Bismillah.
Blog aku wat hal.. tak tahu kenapa, belah kiri blog suma tak bleh baca. Kat office dan pc di rumah. Tapi bila aku pegi ke laptop kakak boleh pulak view from each angle. Ntahlah.. tension dah bila tak bleh masuk blog kengkawan sbb aku mark semua by name, bukan by blog's name.
Kalians.. boleh view tak list blogger kat kiri blog aku ni? Camna aku nak copy paste semua link tu?? aduh.. ilang arahlah.......

Tag Lagi..

Salam. Bismillah.
Ini tag datang dari itu Puan Poyo yang sedang choti-choti dari kerjalah.. Disebabkan dia tak de kerja, dia bagi orang kerja.. hahahah..... akak sukeerrr sebab tak de xtvt gegambaran yang perlu diupload. Akak jawab ye...
1. Bila kali terakhir anda cuci toilet
-- 2 hari lepas waktu cuci cd Manja.

2. Pencuci apa yang anda guna?
-- Pencuci jamban brand Cosway.. pe nama ntah.. MIL ku belikan..
3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?
-- Hahaha.. sekali seminggu pun susah sebab jarang duk umah hujung minggu. Hari biasa? Balik rumah untuk tidur je..
4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
-- balik keje pun dh senja, siap mandi solat maghrib baru dpt pegang periuk belanga dan anak2.. tapi slalunya bfkan Manja dan layan anak yang lain borak2, usik2, cium2 ghindu seharian tak jumpa.
5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?
-- roti putih gardenia ngan sambal sardin
6. Minuman yang anda buat setiap pagi?
-- Milo dan horlick
7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?
-- salinkan cd / pampers anak2, pastikan pintu semua kunci dan cari remote aircond, hp letak kat tepi bantal..
8. Harus menjawab tag ini?
-- Harus??? Mimie, Lia, Fiza79, Kak Yong, Wan.. ada lagi tak???

Tuesday, June 16, 2009

Trillion Thanks

Salam. Bismillah.
Terima kasih byk pd kengkawan yang prihatin kat masalah aku. Insya Allah, pump alternative akan menyelamatkan anak gajah dalam bahaya situasi kritikal aku ni. Ntah kenapa 'ek, pas satu, satu insiden aku alami. Memula kurang susu, stress giler, skang ni sakit tangan. Aku kurang amalan ke sejak kebelakangan ni??
Neway, thanks pada Lia, Aishah, Nazhah yang sudi membantu. Aishah siap calling2 si Lia tu, tanya pasal FS dia. Nazhah lak siap call aku dan sms nak pinjamkan S3 dia.. Makasih korang... aku sayang korang... Makasih gak kat Tha dan Herni yang layan sengal aku dalam forum dak Tha.. hahahah....

Camna 'ek?

Salam. Bismillah.
Sejak Sabtu lepas telapak tangan aku belah kanan ni sakit tak ingat. Sakitnya menyengat, dah berurut satu badan pun tak mau baik2. Kemuncak ceritanya, malam tadi waktu aku nak masak spaghetti ala-ala Itali , tangan aku langsung tak boleh bukak botol Prego tu. Sakitnya sampai meleleh air mata aku. Langsung tak boleh menggenggam. Sampaikan memegang senduk pun aku rasa cam seksa jiwa dan raga. Terus mood makan aku hilang.
Sampaikan malam tadi berbalas sms ngan Aishah pun aku tak boleh pegang handphone ku macam biasa. Terpaksalah ku pegang tangan kiri dan menaip sms guna satu jari je. Pagi ni pun waktu aku pegang iron, still tak boleh mengenggam. Menggosok baju dengan linangan air mata dek sakit sangat. Tapi kalau bukan aku yang iron baju, sapa lagik? B? Hahahah.. alamat bergaris seribulah baju kerjanya itu....
Waktu ngepam tadi baru aku rasa betapa seksanya menggunakan pam manual. Dan baru terlintas di fikiran aku sejak minggu lepas aku mengepam menggunakan harmony sebanyak 8 kali sehari untuk memastikan breast aku dapat signal demand. Dan selama 8 hari berturut-turut dengan sesi pump 5-8 kali aku menggunakan tangan kanan yg banyak jasanya ini. Patutlah sakit semacam je...
Aku kena tabahkan hati untuk menunggu lagi seminggu nak dapat FS. Sib baiklah aku dah order ngan dak Aishah, kalau tak jenuh gak lah aku nak guna harmony ni bertahun.. tapi still kena carik pump alternative ni, sbb tangan aku langsung tak bleh nak genggam.. menaip entri ni je guna sebelah tangan, dekat 2 jam hah.. sambil buat keje office ni.
Ada tak dikalangan pembaca (pembaca katanya!!!) yang nak sewakan S3 ke, PISA ke untuk jangkamasa seminggu ni??? anyone???

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..