Friday, June 12, 2009

Di Tangga Kejayaan

Salam. Bismillah.
Balik petang semalam ku jadi tak keruan bila buka je freezer tengok stock EBM tinggal less than 15 oz. Dahlah semalam seharian pengepump ku cuma dapat sekitar 7 oz je, nak kena cilok lak lagi 5 oz dalam fridge ni.. sedih, sayu, sentap, sengal.. semua ada masa tu. Dahlah aku naik hangin dengan Hubby yang tak amik aku tak tempat keje.. dia bleh hantar kawan dia balik ke THO, tapi nak 'collect' aku kat office yang lebih dekat, banyak je alasan dia.. Naik tension aku!. Jadinya sambil mengejar solat Asar yang tak langsai kat office, aku berkejar ke LRT dengan menumpang kawan ni, sampai BTR dia masih di THO.. ah... geram punya pasal, tengok jam dah pukul 6.35, aku naik cab je.
Tu pasal sampai rumah aku dah kelam kabut ngambik Manja dan Yaya serta Baby sebagai peneman Manja waktu aku solat. Pas solat je aku bf Manja sambil berdoa biarlah ada susu berlebih dalam breast untuk aku pump dan simpan sebagai tambahan pada stock frozen. Dapatlah 1.0oz yang pada aku amatlah berbaloi dalam saat2 kecemasan. Rasa cam tak patut je aku kan? Dan aku start set alarm kat 2-2 handphone aku selang 2 jam mesti kena pump.
Malam tadi lepas pukul 11.30 Manja direct bf, aku tidur tak hingat sebab nak mengejarkan masa nak bangun pump ni. Tepat pukul 2.45 aku bangun dan solat Isya yang tertunggak, solat tahajud dan solat hajat (dalam blog mana aku baca ni suh solat hajat dan baca surah al-waqiah >> tuan punya blog, sila ngaku ye.. trimas..) pastu aku pun angkat pump dan meneruskan kerjaya baru sebagai pengepump dinihari... ehm.. 0.5oz, agaknya terkejut kot breast aku kena press pepagi ni.. aku terus kejutkan Manja dan paksarela dia isap breast.
Sib baik lah anak aku ni baik, dia pun layanlah sengal mamanya tu sambil mata tertutup. Ku main2 kat leher dia ngan jari supaya dia menelan susu dan tidak sekadar kepam je breast dalam mulut comel dia tu.
Huh! Intro nan panjang....
Pagi ni selepas sesi pertama pukul 7.30 tadi direct bf Manja, aku pun masuklah ke bilik pump sekitar jam 9.45 dengan harapan yang meninggi moga-moga hasil pagi jumaat ni memberangsangkan. Ehm.. biarpun breast mengeras, hasilnya tetap 0.5oz. Percubaan kedua pukul 11.45 tadi pun sama, 1 oz. Tak pelah.. dah rezeki Manja banyak tu.
Lunch tadi aku belasah nasi goreng ayam.. nasi ayam yang digoreng dan ayam .. cam biasalah!.. pastu mood ada sikit baik, aku main game Holiday Express. Bila boss dah berhambus masuk Conference Room untuk Tender Interview, aku pun chow masuk bilik pump. Berkat kesabaran, biarpun breast tidak mengeras, hasil yang aku dapat tengahari tu adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3.5oz !!!!!!!
Kejayaan terbesar minggu ini.. Syukur pada Allah... berkat kesabaran aku, berkat kasih sayang Allah yang mengizinkan Manja menikmati susu aku, akhirnya dapat jugak aku 3.5oz. Sedikit sedih, dan emo.
Petang ni tadi aku pump.. alahai.. kembali ke 0.3oz.. hihihi.. hari ini dalam sejarah ni... tak pernah-pernah dapat sikit camtu..
Neway, ku tak putus asa dan tak putus harap. Aku yakin Allah mendengar keluhan dan permintaan aku. Moga masih ada simpati dariNya. Insya Allah aku akan teruskan mengepump setiap 2 jam untuk weekend ni. Biarpun hanya dapat 0.5oz, aku akan teruskan juga untuk memastikan Manja ada bekalan.
Moga bila dapat FS nanti keadaan akan berubah.. Doakan aku ye kengkawan!

Thursday, June 11, 2009

I need a Rest

Salam. Bismillah..
Aku betul2 memerlukan rehat. Rehat dari sebarang kerja di pejabat yang melelahkan dan rehat dari kerja di rumah yang memenatkan. Rehat dari memikirkan tentang susu yang makin kurang, anak yang merengek minta beli mainan, duit yang makin kering dalam simpanan.. etc...
Ku ingat nak ambik mc apply cuti untuk merehatkan minda (hah.. baru ku jumpa perkataan yang sesuwai!) minggu depan. PIL ku balik dari umrah hari Khamis petang .. ku ingat ku nak gi tengok wayanglah on that day. Petang straight balik Seremban..
Ada orang nak join ku tengok JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK di Mid Valley????

Aku dan Susu

Salam. Bismillah.
Susu..susu..susu... hari2 kepala aku naik sakit memikirkan susu. Minggu ni je sesi ngepam aku paling tinggi dapat pun 3 oz. Paling sikit aku dapat minggu ni 1.5 oz.. tak tau mana silapnya. Nak kata period tak jugak. Aku period last month je wooo.. hahahahha.. tapi dah wat UPT, -ve ye kengkawan! opss.. out of topic lak..
Makan tak penah skip. Dari sehari ke sehari aku nak ganti puasa 27 hari yang ku belasah makan waktu siang hari, tak jadi-jadi.. kupasang niat pun esok pagi ku sahur kat office. hahahah.. iman tak kuat.. time dah dekat nak posa sok barulah ku sibuk tanda calendar. Air masak.. ehm... kuranglah sejak 2 menjak ni.. napa 'ek? Nak kata tak panas, panas menyengat... tapi cam kurang je rasa nak minum. Pump ikut time, dulu2 3 times, skang ni 4 times a day tapi ntah napa production kurang gak.
Ku baca dalam blog Tha (carilah sendiri kat tepi kiri blog ku ini linknya.. SI Hayatie - ku malas nak buat link) kurangnya permintaan dari baby di waktu malam merupakan salah satu penyebab kurangnya production susu.. Iyalah.. dah baby pun lena di ulit mimpi, mamanya pun ikut samalah lena di ulit ayah mimpi. Mana bleh bagi chance... 6 bulan dok bangun tidur, bangun tidur... Dan rasanya aku mengalami situasi yang serupa. Kes malas bangun tengah malam untuk pump kalau Manja tak menyusu. Kekadang tu sampaikan susu dah menitik pun ku sanggup tarik je Manja paksa isap.. BETAPA KEJAMNYA AKU PADA KILANG SUSUKU YANG SANGGUP BEKERJA DI WAKTU MALAM.
Jadi, mulai dari hari ini, aku nekad, aku nak bangun setiap 2 jam untuk memastikan production susunya bertambah dan pekerja kilang susuku tidak merajuk sekaligus membenarkan apek kedai sensei itu tersenyum lebar bila ku hulurkan beberapa keping duit RM50 bagi membeli Promil Gold untuk Manjaku.. Oh, tidak!!!!! Aku tak sanggup nak bancuh susu untuk Manja dengan linangan air mata!!!!!!
Ku dah nak nangis ni.. ku emo bila ingat yang ku kena bagi Manja susu kak lembu...
Nota Kuku Pendek :
Kengkawan, sian kat kilang kita, kan..
Penat pekerja tu keja shift untuk memastikan
bekalan susu anak kita sentiasa cukup, disamping memastikan
stock EBM kita sentiasa ada dalam fridge kat umah tu.
jadi, jom kita bangun ramai2 untuk pump dan simpan
dalam fridge... tapi awas :- JANGAN TERSINGGUNG ORANG SEBELAH,
tu namanya aniaya diri sendiri!!!!!
Nota Wallet:
Sebelum kena sound ngan hubby ku itu,
baik ku penuhkan fridge baru ku dengan stock EBM.
Kot tak kang, bebelannya bakal menerjah masuk ke
telingaku.. wachaaaa!!!!

Monday, June 8, 2009

Bukit Kepong dan Komunis

Salam. Bismillah.
Ini entri lepas geram pagi Isnin. Bukan sebab hari ini hari Isnin tapi sebab malam tadi air mata aku berjuraian tak hengat bila menonton filem kegemaran aku BUKIT KEPONG. Dan disebabkan malam tadi broadband ku pinjam dari mertuaku agak sedikit tidak menyokong semangat emosional bak kata hubbyku patriotik ku, makanya hari ini aku nak lepas geram.
Mungkin ramai yang kata : ala... citer tu dah beratus kali ulang bak kata kembarku yang sibuk buat cookies malam tadi, tak yah tengok pun tak pe.. tapi pada aku dalam keadaan 'terdesak' sekarang ni, filem tu lah yang patut kita tengok untuk membuka mata dan mata hati kita menilai kembali percaturan kembalinya Ch1n P3n6 ke Malaysia.
Minta tolonglah wahai M374yu 1574m, bangkitlah.. buka mata kalian pada tragedi yang berlaku di Bukit Kepong. Kalau bukan kerana mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara itu, tidak akan mati para polis kita dan keluarga mereka di sana. Tak sedihkah kalian melihat, biarpun dilakonsemula oleh artis dan orang kebanyakan, bagaimana teruknya 'orang kita' dibelasah pihak komunis, tanpa mengenal belas dan kasihan pada isteri dan anak2 kecil yang tidak berdosa?
Tidak kisah siapa pengasasnya. Biar dia Melayu , biar dia cina, kalau dalam dirinya itu ada kuasa komunis, nyahkan dia dari muka bumi Tanah Melayu ini. Akuilah kalian, biar kalian ini terdiri dari kaum melayu, cina atau india yang komunis ini sedikit sebanyak berusaha untuk mengganggu hubungan kita sesama kaum.
Peristiwa yang berlaku pada jam 5 pagi, 23 Februari 1950 memberi kesedaran kepada kita JANGAN BIARKAN TANAH MELAYU SEKALI LAGI DIJAJAH KOMUNIS! Biarpun komunis itu sudah tua, hampir mati tapi semangat komunis dalam dirinya masih kental. Biarkan dia mati di negara orang, biarkan Tanah Melayu tidak ada rakyat sepertinya, biarkan..... asal jangan terjadi lagi peristiwa Bukit Kepong dalam negara.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..