Friday, April 17, 2009

Pengumuman Penting

Salam. Bismillah.
Hari ini mungkin aku tidak dapat menjelajah rumah alam maya kalians. Ikutkan rancangan awal aku sekeluarga akan balik ke Seremban lepas office hour yakni selepas maghrib malam ini sebab my PIL ke Bali untuk honeymoon dan aku dan hubby kena take charge nenek di rumah Seremban. Tapi pagi ni seusai memasak sambal sardin untuk buat sandwich, MIL ku itu telefon dengan suara perlahan (sekitar pukul 7).
Pelik juga sebab dia tak pernah call seawal itu. Sib baik aku dah bangun, kalau tak kantoi lah.. huhuhu.. Suara pun ala-ala berjaga-jaga macam takut didengar oleh orang lain. Khabar buruk akhirnya ku terima.
"Mak Long Sg. Taling called just now. Shelly's husband met the accident last night on the way back to Seremban from dunno-where. Quite critical situation. In ICU Seremban GH. I can't postponed my flight. My friend will fetch me at 7.45am. So, I hope you guys can take charge to visit them or get up-to-date info of him and let others know about this."
Well.. Shelly adalah sepupu hubby sebelah ayah. Yakni ayah Shelly adalah Pak Long hubby dan abang kepada ayah hubby. Shelly muda dari kami ni. Husbandnya juga muda dari kami. Husband Shelly iaitu Fairus adalah classmate hubby masa study di Kolej Negeri. Dan kebetulan Fairus dan Shelly adalah team mate Kancil adik iparku.
Bila dah dapat berita tu, orang kedua yang aku teringat untuk beritahu (selain dari hubbyku yang sedang nyenyak tidur sebab malam tadi balik pukul 3.30) adalah adik iparku. Tapi bila call hp dia masuk voice mail. Aku call biras aku tapi dia masih di wad, tengah tunggu adik ipar aku fetch dia balik (shift malam). Aku tak bitau kat dia pun sebab dia tengah sarat kan.. malas aku nak gegarkan jantung dia pagi-pagi camni.
Aku just leave message suh adik ipar aku call balik. Pastu aku balik rumah, kejut anak dara terchenta bangun nak gi sekolah. Kejut suami tercayang bangun mandikan anak dara, angkut anak-anak dara yang lain untuk hantar ke rumah mak dan SIL. Masa ku tengah iron tudung aku teringat untuk sms kak ngah si Shelly ni untuk update news.
salam kak ngah. noni br dpt tau dr mak pasal fairus kt icu sban. pepehal sms ye, ngah. ktrg blk sban ptg ni.
Sedang aku bersiap nak keluar rumah, ... telefon, telefon berbunyi... ada haiwan dalam bahaya.. ada haiwan dalam bahaya.. ada haiwan dalam bahaya di sana........
Message balasan dari Kak Ngah
K. Skrg nie dia kt icu tngkt 5 msh lum sedar. Tangan kanan patah, rahang kiri knan patah lum buat apa2 lg. Hati dan paru koyak lebar, usu pun byk koyak.
Aduh.. aku terus bacakan msg kat hubby. Hubby menung kejap.
"Kita balik seremban tengahari ni ye. Mak tak de so as the eldest one, rasanya kita patut kena balik jengah. Tak kan nak tunggu update news baru nak balik, ye tak?"
Aku angguk je lah. Dalam kepala terbayang anak dia yang sebaya dengan Manja. Baru sorang je anak dia, perempuan. Fairus ni pulak jenis peramah dan budak-budak semua senang dengan dia. Last kami berjumpa pun masa penghujung raya tahun lepas, waktu kami ramai-ramai makan di rumah Kak Ngah. Waktu tu aku dan Shelly masih sarat, tengah tunggu masa je nak meletup.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya. Kasihankanlah anaknya yang masih kecil. Semoga masih ada harapan untuknya melihat anaknya membesar. Amin.

Thursday, April 16, 2009

Award Sana Sini

Salam. Bismillah.

Hui.. gembiranya hati... sepanjang hampir 2 tahun aku berkecimpung dalam arena blogging ni, banyak dah award aku dapat (banyak ke??) Tapi award yang aku baru dapat ni dari Tie, Mimie, Myza etc.. (maaf, tak sempat nak check balik from whom) betul2 menaikkan semangat aku untuk terus mencuri masa bekerja bagi menghupdate berita-berita terbaru tentang aku dan keluarga.

Dan paling best tu award ntuk best friend ni. Rasa cam tak tergamak nak terima sebab aku ni bukanlah baik sangat untuk diiktiraf sebagai kawan baik. Tapi itulah, even cuma di alam maya ni kita semua berjaya menjalinkan ukhwah dan mengeratkan silaturrahim sesama umat Nabi S.A.W. Terima kasih pada kengkawan yang memberi penghormatan pada aku.. Aku suka tau!!!!

Nota Kuku Cagu :
Aku tak de sapa nak peluk..
takut kontroversi.........

Wednesday, April 15, 2009

Baby Cute Contest

Salam. Bismillah.

Tadi ku pergi ke semua blog mommies, mostly ada je contest ni. Semalam ku tinggal pesan kat blog Tie a.k.a Luvhaziq ari ni ku baca .. oh.... kat blog Hayatie mama pengepump tegar itu pun turut mewartakan anaknya si Azri Azzuri itu sebagai si comel sebagai memenuhi syarat untuk masuk ke BBC ni.. Lantas ku pun terjah ke blog mama_aqish untuk turut serta dalam kempen ini meskipun ku tak kenal mamanya si Aqish ini.. tapi tak kenal maka tak cinta kan? Macam aku dengan hubby dolu-dolu.. dah kenal, bercinta, tup-tup kawen lak. ahakssss..
Makanya... Aku? Nak join jugak!!!!!!


Nama Saya : Syadni Syamila binti Shida Adly
Nama Cute Saya : Manja
Nama Glamour Saya : Mila in d' House!!!! (Ayah saya minat kat Mila)
Tarikh saya dilahirkan dan masanya : 10th November 2008 / 12.26 tghr
Tempat Saya dilahirkan : Bilik Bedah 2, HUKM
Kenapa Saya Wajib dipilih sebagai pemenang Baby Cute Contest :-
1) Saya adalah anak yang membesar dengan Susu Ibu yakni susu mama saya.
2) Saya cuma pernah demam sekali je sepanjang umur hidup saya. Bagus kan?
3) Saya sangat pandai bermain dengan kakak Mimi saya sehinggakan tidak perlu pengawasan mama dan ayah saya (melainkan kalau Kakak Baby ada sebab dia slalu gigit saya)
4) Rambut saya curly; ramai mommies kawan mama saya suka sama rambut saya yang curly itu.
5) Mata saya bulat dan besar, bersinar walaupun saya tak minum pati Inner Shine.
Sebab-sebab saya join contest ni :-
1) Saja suka-suka. Saya suka ramai kawan, mama saya lagiiiiiiii lah suka ramai kawan (Sebab dia becok! Suka bercakap je kerjanya.. hahahha ~ jangan bitau dia 'ek!)
2) Saya tak kisah menang ke tak sebab saya memang suka cari glamour cara camni.. (Ala, anak kawan mama saya pun suma cam ni gak ~ interframe diri sendiri)
3) Mama saya yang suruh masuk.
Ucapan saya untuk semua :-
Untuk mama Aqish ~ Terima kasih sebab jemput semua baby-baby sedunia menyertai contest ini. Tak menang pun saya tak marah, menang apatah lagik.. ahaks... Aiman tak kisah, mama saya lagilah tak kisah.
Untuk mama saya ~ Lenkali jangan paksa Manja tulis suma ni tau! Penat! Manja nak balik minum susu kat umah ibu. Bye mama!!!
BYEE MANJA...... anak ku, anak ku...

Akhirnya.....

Salam. Bismillah.
Sudah 5 bulan berlalu..... akhirnya...... AKU DIJAJAH JEPUN!!!! Yes! Yes! Yes!
Patutlah sejak seminggu ni jiwa aku agak kacau, production aku agak lembab. Carta jualan meningkat, carta pengilangan sedikit merosot. Aku ada terbaca dalam SI.com tentang Calcium Magnesium D3 untuk menstabilkan production house sewaktu jepun menjajah tp duitku dibekukan di dalam account syarikat.
Bape inggit ye benda alah tu. Mesti beli ni kalau tak mau sepanjang minggu ni aku kekurangan supply untuk Manja... Harus mencarinya balik ni karang.

Manja dan Susu Ibu

Salam. Bismillah.
Tiap kali aku pandang Manja, aku selalu tersenyum. Setakat ni sudah 5 bulan Manja lahir, belum pernah sekali pun dia demam teruk. Dan seingat aku, cuma sekali je Manja demam dan temperaturenya tak sampai pun 38.5 dan cuma untuk 1 malam. Selepas bf berkali-kali Manja akan berpeluh sesangat.
Berbanding dengan anak yang paling tak merasa susu ibu (Adik Yaya), Manja boleh dikategorikan sebagai seorang anak yang tidak belum lagi memberi susah dan menjaga tiap kali demam / selesema / batuk.
Manja juga cepat naik berat badan dan sekarang ni banyak minum susu. Masa 4 bulan aku timbang Manja dah 6 kg. Hari tu balik Seremban aku timbang dah dekat 7 kg. Tiap hari aku kena bekalkan 15 oz sepanjang Manja tinggal dengan ibu. Itupun kekadang ada balance 2 oz, kekadang ibu kena amik top-up dari rumah mak aku.
Malam pun Manja makin kerap menyusu dan bila dicabut n**ple dari mulut pasti dia mencari-cari sampai sarung bantal pun jadi dihisapnya. Tu belum lagi lengan baju aku, towel kecik, tak pun jari tangan Baby yang tidur sebelah dia pun jadi dihisapnya.
Bila tengok Manja suka sangat nyusu SI, rasa cam tak nak lak aku campurkan ngan solid food bila Manja dah 6 bulan nanti. Aku nak dia terus je minum SI sampai 2 tahun. Ada brani???

Perasaan atau Kenyataan

Salam. Bismillah.

Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku menjadi seorang yang penakut. Bukanlah nak kata selama hari ni aku berani sangat. Tapi setakat nak tinggal dengan anak-anak tanpa kehadiran hubby setiap hari waktu malam tu adalah sesuatu yang biasa bagi aku sementelah sebelum-sebelum ni hubby kerja jauh di Perak. Menjadi kebiasaan untuk aku bangun sekitar pukul 2-3 pagi untuk solat Isya' dan solat Tahajud tiap malam sepanjang mengandungkan Manja. Dan rutin itu berterusan sehingga hubby menetap terus di KL setelah mendapat kerja baru. Tapi sekarang ni rasanya aku tak betah lagi untuk bangun solat Tahajud walaupun hubby berada di bilik tidur dengan anak-anak.

Keadaan bertambah teruk selepas aku solat di surau office ni. Surau (kalau boleh dipanggil surau) ini terletak di antara sebuah lagi bilik yang menempatkan vacuum cleaner bersaiz sebesar meja tulis (leh imagine tak besarnya) dengan laluan kecil sebelum bertemu bilik seorang sleeping partner syarikat ni. Pendekkan cerita surai ini tiada penghawa dingin. Teramatlah panasnya dan teramatlah gelapnya jika pintu penyambung antara surau ini dan bilik vacuum tadi ditutup.

Sekitar penghujung bulan March selepas bercuti sehari kerana kematian abang sepupu aku (Al-Fatihah), aku macam biasa solat Zuhur dalam lingkungan 3 pm. Tapi kali ni perasaan bila aku berdiri di sejadah tu semacam je. Aku biarkan dan teruskan solat. Bacaan Fatihah dan Iftitah dalam rakaat pertama pun bercampur aduk. Tapi aku teruskan juga. Bila sampai ke rakaat ke 2, aku berhenti dan terus menoleh ke belakang sebelah kiri.

Nothing walaupun sebentar tadi aku perasan ada orang berdiri di belakang aku dalam bilik vacuum tu. Jantung aku jangan ceritalah, degupnya macam aku berlari 100 meter. Aku bangun dan tutup pintu bilik tu dan mula nak sambung solat. Masih tak tenteram. Akhirnya aku duduk dan berzikir sementara menunggu degup jantung aku kembali normal. Ikutkan mau je aku lari turun ke department aku tapi disebabkan solat zuhur masih belum selesai aku tabahkan juga hati.

Kali ni aku menyegerakan solat seminimum mungkin. Kalau rasanya fatihah tu selalunya aku lagukan, kali ni macam baca buku cerita je rasanya. Lepas bagi salam kanan, aku terus tanggalkan telekung, lipat dan gegas turun ke department aku. Untuk solat Asar selalunya memang aku tak solat di office sebab sempat solat kat rumah (kalau nak mati dulu pun sempat kan??? ~ teruklah aku ni!!)

Minggu depannya aku lunch dengan budak kat office ni, aku ceritalah pasal ni semua. Terkejut memasing. Iyalah semua orang solat kat bilik yang sama, so sedikit sebanyak mengganggu jugalah. Dah lah pulak budak department aku sorang ni si Fit beritahu semasa aku confinement, bos aku cina kampung tu ada mentioned yang dalam surau tu ada something. Dia nampak. Bos aku ni ada 6th sense kot.. pasal barangan feng shui kat office ni pun dia boleh baca dan bagi penerangan kenapa benda tu pecah, itu lah ini lah.. Bertambahlah takut aku nak solat sorang cam ni.

Hasilnya untuk solat Zuhur pada hari tu, aku solat berdua dengan Fit. Hahahah.. tak pasal je Fit pun takut sama. Esoknya bila QS aku sorang lagi (India) masuk keje, aku tanyalah betul ke bos kata ada benda dalam surau. Dia pun mengiyakan.

Bila risik-risik kat officemate aku lagi sorang kat Marketing, dia kata dia pun rasa apa yang aku rasa pada hari yang sama. Adui.. sekarang ni kalau aku nak solat aku kena ajak sorang teman aku ataupun aku pasang lampu, tutup pintu bilik vacuum dan bukak pintu masuk surau. At least aku boleh dengar auditor kat conference room tu berborak dan boleh rasa air-cond pun!

So, Fitrah.. sekarang ko dah tau kan camna akak solat sorang waktu Zuhur.. akak dah pecahkan tembelang dalam blog ni.

Camna ek nak hilangkan rasa takut ni? Aku betul-betul terganggu. Nak solat malam pun aku jadi takut sangat. Padahal kan solat tu baca semua ayat al-Quran, patut tak de lah setan ke apa ke yang mengganggu..

Tuesday, April 14, 2009

Solat Istiharah - Antara Sedar Dan Tidak

Salam. Bismillah.


Di copy paste dari Fiza79


Untuk panduan kita bersama.BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA



Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.”

Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.
Kisah-1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.
Kisah-2

Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.
Kisah-3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.
Kisah -5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang.
Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut.
Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.
Kisah-6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya.
Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.
Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallah hu ‘alam
Renung-renungkan dan selamat beramal....

Nota Kuku Pendek :
Tulisan ini bukan tulisan aku,
sila abaikan penggunakan PENULIS.
Sekadar untuk berkongsi ilmu.
Credit untuk Fiza79

Monday, April 13, 2009

Happy Monday

Salam. Bismillah.

Ada beberapa story the mory yang aku nak taip hari ni. Tapi tunggguuuuuuuuu..... Kalau mendapat keizinan masa, aku hupdate secepat mungkin. Kalau tak mungkin akan bersambung esok, tak pun lusa, tak pun tulat. Doakan aku berjaya menghupdate tanpa gangguan. Tapi hari ni tak de pun meeting untuk bos aku. Alamat jadi lipas kudunglah aku hari ni... Nasiblah... ku lah secretary, ku lah clerk.. ku juga tea lady untuk seminggu lepas dan hari ini.!!!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..