Thursday, November 6, 2008

HUKM - 4th Pregnancy

Aku baru je masuk office, check up di HUKM pagi tadi. Macam yang dijangkakan, MGTT result aku semalam ada 'sedikit' improvement glukos dalam darah. Hahahah.. Fasting time 4.8mol, pas minum glukos, amik kau..... nombornya trus terbalik 8.4mol! According to B's cousin, Dr. Azrina yang telah 'berpindah' ke Putrajaya Hospital.. okielah tu! Sikit je pun naiknya.

Dan pagi ni setelah lama tak buat ultrasound (aku geli tul lah tang sapu gel tu!), Dr Nasuha buatlah ultrasound tadi. Bukan sesaja tau! Nak pantau air ketuban (sbb biasanya mom yg GDM air ketubannya melebihi dari carta piawaian), nak tengok saiz baby n in d same time nk gk lah tgk gender baby tu. Hasilnya..................................... :-

1) Air ketuban agak lebih dari keadaan biasa. Ini menunjukkan adanya GDM - diabetes. Time ni aku lum jumpa doc kat clinic lagi, so we assume glukos agak tinggi but then air ketuban tu still under control.

2) Saiz baby tak tercapai dek akal!!!!!! Adussss... memula before scan, doc tu dh tanya : ni twin ke? besarnya perut!!!! Hahahha.. skali check sorang daaaa.. tapi estimated baby : 4.05kg! Jangan kata aku terkejut, doc pun terkejut! Dahlah EDD aku asik lari memanjang. Week pun tak bleh nak tau betul ke tak ke.

3) Gender baby agak sukar diramal. Memang pesen anak3 aku ni dulu pun tak tunjukkan 'kemaluan' (jgn anggap lucah ye!) memasing masa scan. Time pungkuk tu dia show off, tp bila doc pusing je ke depan, trus dia cross leg. Abis yang nampak cuma kepala lutut je lah... ish.. tak kisahlah... doc yg nk tau sgt, aku tak kisah nyaaa...

So, after ultrasound, aku pun masuklah bilik 5 untuk jumpa Doctor bertugas. Skali minah arab daa yang layan aku. Doc pelatih sorang ni macam dihantar dari arab je. Nama pun Duha. Muka pakistan abis. Cakap melayu pun tak bleh, English okaylah tp susah nak faham pronouns dia. Naik letih aku dok ulang2 tanya.. what? what? Dahlah sora dia cam tak nak kuar je.

Dah dia tgk kes aku ni cam dh last stage, dia pun dok rujuk kat Doc Roziah (bilik yg sama). Bila Doc Roziah tgk kes aku, alamak.. dik.. napa lambat sangat datang? Nak wat BSP tak tau smpt ke tak ni.. nanti saya check ngan Prof ye...

A few minutes later dia datang balik dan bawak berita........

cam ni lah.. tomorrow datang buat BSP (amik darah 4 kali :8am, 11am, 5pm & 10pm), pastu datang balik on this Sunday untuk admit ward dan Monday morning kita induce. Kita kalau bleh tak nak wat caeseraen lah, sbb adik boleh deliver normal. orait?

Soalan cepumas : Apa agaknya jawapan aku time tu?

Jawapan berdasarkan situasi sebenar : (sambil angguk) Baiklah doc.

Sebab aku pun tak nak amik risiko baby tu besar menjangkau 4.5kg by the time EDD sampai. Tau je lah kalau dah besar, nak mengeluarkan dah satu hal, sure 'koyak' punya... tambah lak nanti kalau glukos naik.. tak pe lah... aku kena pray hard baby ni kuar B4 induce. Tapi sempat ker sbb just left a few days je nk sampai ke hari induce?

Last year masa nak bersalin si syamiza pun doc cakap nak induce sbb time tu baby dah 3.2kg (estimated). So, check up ari khamis, planned to induce next week Wed, tp aku stimulate baby dan borak ngan dia suh jgn sampai kena induce, alhamdulillah, ari ahad tu dia kuar, 3.44kg..imagine, diff a few days pun bleh naik sampai camtu sekali. rasa cam nak guna tactic yang sama. Sbb ramai kawan aku cakap yg induce ni menyakitkan.. iyalah, benda belum nak kuar, ko paksa surelah sakit. Tapi aku tawakal lah. Minta pada Allah supaya permudahkan segala 'urusan' aku dan baby.

So, kiranya aku berhenti ber blog sehingga aku kembali ke pejabat. Around 2 months. Tapi kalau B baik ati tuk belikan broadband, aku dengan senang hati menerimanya.. hahahhahahah.. lehlah aku menghupdate sesuatu yang indah kat umah nanti. Kalau tak, terpaksalah aku layan TV je sepanjang confinement.

Well, aku kena stop dulu ni. Byk benda nak arrange tuk bebudak ni. I don't think i have enough time to run thru all outstanding work. Buat je lah mana yang termampu.

To all blogger :- Tolong doakan kesejahteraan aku dan baby yang bakal keluar. Mohon perlindungan dari Allah, dijauhkan dari sebarang kesukaran dan kesakitan. Mohon dipermudahkan proses kelahiran. Mohon dikuatkan Iman, fizikal dan mental menghadapi saat-saat dalam labour room. Insya Allah, bertemu lagi dalam entri akan datang.

Wednesday, November 5, 2008

HUKM - 4th Pregnancy

Hari ni hari ke2 aku melawat HUKM. Bermula dengan check up pada hari Isnin di klinik biasa, bersambung dengan Referral Letter untuk MGTT Procedure pada hari Selasa dan berakhir dengan MGTT untuk pagi ni. Aduh... ini lah yang paling aku cuba elakkan... bukan sebab apa, aku terpaksa amik time off untuk buat appointment (selasa) dan time off untuk MGTT Procedure (hari ni). Dan yang paling dibenci adalah minum air glukos kat makmal C! Hate it!
Takat nak puasa tu rasanya bukan satu masalah besar tapi tang nak menunggu tu yang jadi masalah sangat kat aku. Ambil darah kul 8 pg sekali dan menunggu 2 jam lagi untuk diambil balik darah. 2 jam tu!!! Kalau kat opis, dah bape banyak entri bleh aku taip tuk update blog? Hahahah.. so, untuk mengelakkan aku tertidur sambil menunggu jam tu berputar ke pukul 10, aku pun belilah Utusan Malaysia sebagai peneman. Sib baiklah kat O&G Clinic tadi terjumpa jiran lama aku yang dah berpindah ke Cheras Mahkota, dapatlah gak bertukar citer pasal anak, pasal jenjiran lama, pasal artis.. huhuhu.. ada ati gak tu nak komen pasal artis.
Pastu teringat lak kat biras aku yang tengah bercuti seminggu. Sms dia dan tanya dia kat mana. Saja nak bitau yang aku tengah buang masa kat O&G. Sekali dia kerja daaa.. aku gegas naik tingkat 1 ngacau dia kerja. Suma orang dok pandang je kitrg berborak. Nasib baik KJ dia jenis tak kisah. Lagipun bukan shift betul dia, dia tolong cover nurse lain yang malas nak datang keje. Carik duit lebih skit. Lama gaklah aku borak ngan dia tadi. Nak ajak makan, dia malas dan aku pun tengah puasa.
Pas dah penat berdiri, aku turun balik ke bawah, takut gak kot terlajak sampai ke pukul 10.30 kang, bila nama aku dipanggil aku tak de pulak. Tu baru betul, kena datang balik amik darah dan minum glukos.. yerkkkk! Kalau bleh tak nak lah lagi...... tepat kul 10.10 aku lepak depan Makmal C dan tunggu turn. Tak lama pastu, turn aku sampai. Ambik darah, collect time slip, get staff nurse signature kat kaunter depan, trus aku berhambus keluar. Tunggu B datang dan taraaaaaa... aku dah berada di opis untuk melangsaikan hutang2 kerja yang bertimbun! Chow!

Tuesday, November 4, 2008

Kahwin-Cerai-Artis-Malaysia

Sedih betul kalau baca frontline sotkabar kat Malaysia skang ni. Tak abis-abis soal kahwin-cerai-artis-malaysia. Sedihnya sbb kisah dalam kelambu abis diketahui oleh orang luar. Paling latest dan hangat diperkatakan adalah kisah rumahtangga NormanHakim-AbbyAbadi yang makin hari makin tegang akibat campurtangan seorang pendatang baru dalam arena seni filem, Memey @ Suhaiza Suhaimi.
Bila baca MetroOnline ari ni (sini), aku tak tahu nak ngulas panjang tentang ketegangan dan masalah yang menimpa artis berdua ni. Memanglah aku tak kenal sapa dorang (eh, aku kenal dorang tp dorang tak kenal aku!) tapi, yang pentingnya, dalam masalah yang melibatkan suami vs isteri ni, takkan ada pihak yang boleh dikatakan salah atau betul. Serupa macam bila kita membincangkan tentang lelaki vs perempuan, takkan ada pihak yang menang dan takkan TAK ADA pihak yang tak bertegang urat menegakkan hak dan kelebihan mereka. Masing-masing memandang diri sendiri sebagai orang yang berada di pihak yang benar. Masing-masing rasa mereka dipinggirkan oleh yang lagi satu. Masing-masing sedaya upaya menegakkan benang yang basah sebagai gambaran the other side adalah orang yang menimbulkan masalah, orang yang mencipta cerita dalam kelambu ini.
Dikala inilah keluarnya cerita-cerita yang tak sedap didengar. Masa ni lah kalau boleh nak usung tilam bantal, rakam adegan tak sedap dilihat, semuanya boleh berlaku. Entahlah.. dunia, dunia. Biarkan rumahtangga orang dengan kisahnya yang tersendiri. Kita yang melihat ni cukuplah sekadar bersimpati dan berdoa agar Allah memperlihatkan kebenaran dan menjernihkan keadaan secepat mungkin. Tak bagus hidup memperkatakan tentang orang lain sedangkan kisah dalaman mereka tidak kita ketahui.
Dan kita sebagai pemerhati dan mengikuti kisah ini, ambillah ikhtibar bahawa setiap rumahtangga itu tidak semestinya senantiasa indah. Adakala ianya bakal digoyahkan dengan taufan yang melanda. Mungkin bukan semua salah kita tapi tak mustahil itu berlaku. Dan berdoalah agar Allah tidak menimbulkan aib pada rumahtangga kita sebagai Allah lihatkan aib mereka-mereka ini di mata kita semua. Wallahualam..
Nota Kaki : Andai terjadi pada kita, tutup sahaja mulut dan mata dan pekakkan telinga. Allah lebih mengetahui setiap kebenaran dan kejadian. Lebih banyak berkicau, lebih kecoh jadinya ruang angkasa!

Monday, November 3, 2008

Still here!

Last weekend punyalah letih + lesu sbb kenduri kawen kat sebelah rumah aku tu. Seawal pagi (hahah.. awal mendanya? aku kuar nolong dh kul 8.30!) aku dah bergegas ke bawah khemah untuk tolong kupas bawang, halia, kunyit, lengkuas, potong sayur suma untuk makan tengahari. Memang each time ada kenduri kawen kat lorong aku untuk sabtu dan ahad makanan adalah tajaan tuan rumah. So, menu ari sabtu adalah ikan cencaru masak asam pedas melaka (tuan rumah orang melaka), ikan kembung goreng garing dan sayur kobis masak lemak putih. Dah sah-sahlah lauk feberet aku, jadinya sampai 2 kali aku tambah makan tengahari tu. Tapi aku tak amik pun masak asam sbb tak biasa makan lauk berminyak dijodohkan dengan masak lemak putih. Hilang rasanya.
Petang tu lak lembu sampai. Ehm.. sampai terkedu anak2 aku tengok kepala lembu dengan giginya yang itam tu (aku tipu syamimi kata lembu tu banyak sangat makan gula2 sbb tu giginya hitam berkarat!). B dok menolong orang melapah daging lembu sampai ke pukul 6 lebih camtu. Dinner kitrg cepat untuk ari sabtu, lebih kurang kul 6.30 gitu sbb lauk suma dh siap masak. Jadi semua orang makan malam awal dan belah malamnya melayan sup daging dan roti gardenia. Aku tak tertelan sup tu sbb teramatlah lemaknya ditambah dengan rempah ratus yang tak boleh diterima dek tekak omputih aku ni! hahahah.. sbenarnya sup daging melaka ngan N9 banyak different. Aku dan B biasa makan yang N9 nye, plain tak banyak lemak tapi penuh dengan rasa daging yang empuk gitu. Tak kisahlah.. aku makan roti cicah teh o panas je malam tu. cover perut takut lapo lak tengah malam nanti.
Ahad sepatutnya aku menolong sebagai penanggah tapi disebabkan perut aku sakit since pagi, aku merehatkan diri seketika kat umah. Lagipun suma orang tau aku tengah menunggu hari je nak bersalin, naik rimas dibuatnya bila aku duk bawah khemah orang pun mulalah mengingatkan jangan langgar tu, baik2 kot takut tergelincir kat tmpt basuh pinggan (dorng guna umah aku).. heheh.. cam budak kecik lak aku rasanya. Tapi tengahari tu aku langsung tak makan sbb lauknya tak kena ngan selera. Aku dok meratah leher, hati ngan pedal ayam je sbb berempah dan ada rasa. Lauk lain macam jelatah nenas / timun tu mmg aku tak brani nak sentuh, takut bleeding lak karang. Nangka masak lemak cili api aku takut nak jamah dengan angin. Daging asam pedas tak de dalam menu tekak.. ntahlah terlampau berminyak sangat pada aku... kot aku yang masak sendiri, aku bedallah jugak..
Dah siap kenduri tu aku anak beranak terbongkang tido sbb kepenatan. Sib baik aku solat Asar sejurus azan sbb takut tido terlajak. Bangun je dah kul 7.11, mandi dan solat Maghrib trus kitrg kuar makan nasi ayam kat Desa Pandan. Lapar punya pasal, aku bedal 1 1/2 pinggan nasi ayam ngan kerabu mangga. Ehm.. minggu ni je dh 2 kali aku makan kat sana atas request anak dara aku si syamimi tu. bermakna dan RM70 aku abis kat situ... kalu ari2 rasanya mau papa kedana aku dibuat budak sorang ni. Tapi bila makan nasi ayam tu, anak3 aku ni makan bagi perabih nya. Suka benar dorang dengan nasi ayam tu... mama ngan ayah nya pun sama gak!
Dah tu, pagi tadi lebih kurang kul 4.30 perut dan pinggang aku sakit ya amat. aku cuba layan tido sbb teramatlah ngantuk sangat tapi pinggang aku tetap wat perangai. Langsung aku bangun dan basuh kain. Mana kain yang dah basuh malam tadi, sempat aku sidai guna hanger dan the rest aku letak dalam bakul sementara tunggu pagi. Pas solat Subuh, aku dah tak tahan ngantuk gila babi nye, aku landing kat sofa. Ingatkan nak nap sekejap je sbb time tu dah cerah, lebih kurang kul 6.45 camtu tp aku terbabas sampai ke pukul 7.45.. hahahha.. makanya hari ni yang sepatutnya aku masuk awal sbb ada dept meeting, tetap lewat. And i'm still here! working without no doubt about contraction!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..