Friday, October 31, 2008

Penat.

Hari ni aku rasa penat. Sepanjang minggu ni aku rasa penat. Penat sangat sampai tak terkata dan tak terucap. Pagi ni pun kecoh betul kat office ni. Disebabkan satu meeting kat Majlis, sampai ada yang menangis. KECOH BETUL! Lagilah bertambah penat aku.
Penatlah!! Kerja banyak, nak train budak pun tak cukup masa. Mana nak curi masa update blog (hampeh tul aku...!!! hahaha smpt tu curi masa nak berblogging!).. tak de lah.. tak smpt nk minum ptg dh skang ni. Asiklah melayan kerja dan ngajor budak2 sebelum aku maternity leave.
Rasa cam nak suh bos belikan hp 3G, leh wat conference kat umah nanti. Iyelah, manalah tau kot2 ada urgent things lak!
Okie.. aku nak wat claim tuk maintenance jap. Ikutkan under Sales & Mktg tp hampeh2 kat atas tu tak nak buat. Terpaksalah aku yang kena wat. Kot tak kang tak nak keje plak budak aku ni.

Wednesday, October 29, 2008

Sendat lah!!!

Susah betul nak pegi keje skang ni. Suma baju tak bleh ngam kat badan aku. Kalau baju ok, kain lak yang k.o. Ish.. setakat dah smpi 37 weeks ni aku still tak pakai maternity dress. Ntah napa, aku prefer baju kurung & long pants je. Kalau maternity dress tu macam susah plak aku nak gi toilet, nak solat..
Tapi, tu lah.. tiap minggu aku akan rotate baju yang sama sampaikan Syamimi pun pandai bertanya. Suma dah sendat skang ni. Main reason aku tak suka nak pakai maternity dress sbb perut aku ya amat besarnya, tak macam yang dulu-dulu. Dan pulak ke depan betul. Imaginelah kalau aku pakai maternity dress tu tak de terjongket kain kat depan tu? Pakai kaftan pun bleh nampak betis, ini pulak maternity dress!
Lately pun aku tak bleh tido malam, tak macam previous pregnancies. Asiklah terjaga tuk ke toilet dan tido terganggu sebab susah nak bernafas, tak selesa baju tersekat bawah pinggang, PANAS!!.. bestnya sbb aku tak yah pegi ke HUKM untuk test darah sbb glukos dan bp aku berada dalam tahap memuaskan. Alhamdulillah....
Skang ni nak buat keje rumah pun tak larat. Basuh pinggan perut sangkut kat sink, kaki lenguh berdiri. Iron baju pun sama. Kalau ngemas je cepat na semput. Tu yang aku amik keputusan cari weekend maid untuk settlekan umah ie spau sampah, mop, sidai baju, lipat baju. ada yang berminat tak nak jadi weekend maid aku? so far biras aku ada contact indon kat HUKM tu. Kalau jadi this week leh lah kemas pe yang patut tp aku lak gatal mulut tadi plan nak gi picnic ngan anak3.. ish ish ish.. pe punya kepala lah.. asik lupa je planning sendiri.

Masalah Orang, Masalah Aku

Makin dekat EDD aku, makin banyak masalah timbul. Biarpun masalah tu bukan masalah aku, tapi tempiasnya tu kena kat aku. Naik semak pulak fikiran aku memikirkan tentang orang sekeliling ni. Tak ditolong, bukan orang lain. Nak ditolong tak tertanggung rasanya berat kat dada dan kepala ni. Kekadang terfikir kenapa Allah timbulkan semua ni dan humban pada aku. Tapi difikirkan balik, aku cepat berisythifar sebab Allah lebih mengetahui sampai mana tahap kesabaran, ketabahan dan tindakan aku untuk semua perkara ni.
last month sebelum raya aku dah berjaya menyelesaikan masalah kekurangan duit seseorang. Alhamdulillah, waktu tu Allah kurniakan rezeki lebih untuk aku bantu seseorang itu. Dan alhamdulillah juga, berkat dari pertolongan aku itu, dapatlah seseorang itu berhari raya dalam keadaan yang agak sempurna. Biarpun sebenarnya duit itu aku perlukan untuk keperluan bersalin, tapi aku pejamkan mata untuk seketika. Dan sampai ke hari ni pun aku belum lagi bersalin! Kan Allah itu lebih mengetahui tentang setiap perkara yang ditetapkan olehNya?
Dan beberapa hari sebelum raya juga ada seseorang yang tidak punya gaji untuk berbelanja, membeli sedikit keperluan berhari raya dan yang paling penting tiada duit untuk saat-saat akhir puasa. Sekali lagi, atas dasar kemanusiaan, atas dasar kasih sayang, aku titipkan sekeping duit untuk seseorang itu dengan niat jika dia ber'ada' pulangkanlah, tapi jika tidak; cukuplah sekadar aku katakan tanggungjawab aku untuk membantu orang yang susah. Dan dengan kehendak Allah jua, aku masih belum bersalin.
Sekarang ini, aku masih ditimpa masalah yang sama. Saat kelahiran boleh dibilang dengan jari tapi Allah masih mengurniakan aku 'hikmahNya' dengan menghantar satu berita kurang enak, saat aku 'sesak' mencari sisa-sisa tambahan untuk 'mengadakan' persiapan bersalin. Tapi aku yakin, Allah itu lebih mengetahui tentang setiap kejadiannya. Dan aku akan cuba 'mencukupkan' apa yang kurang untuk seseorang yang baru ini dan dalam masa yang sama akan cuba 'mencukupkan' keperluan aku sendiri. Aku yakin, Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersyukur dan 'menyebarkan' rezeki yang diberi olehNya.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Doakan aku berjaya!

Syawal Almost To The End

Sabtu 25.10.08
Aku dok belek-belek kalendar baru terperasan yang Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Zulkaedah hampir menampakkan diri. Bermakna dalam minggu-minggu terakhir Syawal ini makin ramailah yang berkejar, berlumba dan bertungkus-lumus untuk 'bungkus' Syawal ini dengan mengadakan Open House a.k.a Rumah Terbuka. Aku tak terkecuali.. hah, janganlah menggelabah.. aku tak terkecuali untuk 'DATANG BERTANDANG' kalau ada jemputan dari sesiapa. Itu bukan bermakna aku tak nak buat OH tapi keadaan diri aku yang serba kepenatan dan keberatan ni memaksa aku sekadar berkunjung rumah saudara mara dan sahabat handai bagi meraikan Syawal. Sebab-sebab lain aku totally tak de tenaga tambahan ie. adik-beradik aku yang nak menolong mengemas, membasuh. Takat nak memasak tu tak de masalah kat aku.
Okie. Disebabkan my lovely hubby bekerja on saturday, makanya undangan OH di Taman Seri Nanding hanya dihadiri oleh aku dan anak3. Jangan ingat aku pergi sendiri lak sbb kereta cuma 1, itupun B bawa dan lesen aku sendiri setakat terperam dalam wallet (lama giler aku tak bawak keta lah..) aku pergi ngan mak abah aku dan wan aku yang buat masa skrang ni melepaks (tolong baca sebagai menginap) kat umah mak aku. Oh ya.. lupa plak pada jantan sorang ni!! Ngan anak buah aku si Qimie tu jugak. Rumah yang dituju adalah rumah KAK ROH'AYA dan ABANG MAN. Dorang ni dulu dok selorong ngan aku kat BTR dan anak3 dorang ni suma mak aku yang jaga since kecik sampai sekolah. Tu pasal every year kitrg tak sah kalau tak datang any occasion kat umah dorang ni.
Biasalah anak3 aku tu, kat umah orang yang dorang kenal, dorang slambee badak je wat 'keje'. Bukan reti takut. Kena lak si Alan (they call him Pak Lang) dok melayan bebudak ni sambil mengemop lantai umah. Actually their OH start kul 3pm tp disebabkan belah petang kitrg ada jemputan kat umah kakak sepupu aku, makanya kitrg dtg umah ni belah pagi around 11 camtu. Tapi biasalahkan, dah namanya OH, sure ada makanan. Takat benda simple tu, sure terhidang nya. Ada nasi himpit kuah kacang Hj. Samuri, mee kari dan kuih-muih. Cukuplah pada aku sbb anak3 aku ni hantu mee.
Around 12 camtu B call tanya bila nak balik sbb dia dh otw nak balik ke rumah after meeting kat Syabas PJ. Aku pun signal abah aku suh cepat skit sbb kang kot B sampai umah dulu dari aku, sure hangin dia. Tak lama tu around 1 kitrg sampai umah dan melepaks, tido2 sampai kul 3 lebih dan gerak g umah KAK CIK kat Brickfield lak. Cam biasalah, aku kan slalu segera je kalau bab makan ni. Time aku sampai tu tak ramai sedara-mara sampai. Disebabkan perut aku tak terisi masa kat TSN (sibuk layan si Oshin makan), jadi kat umah kak cik aku belasah nasi lemak 2 pinggan. Kena lak sambal sotong kering.. aduh... feberet ku tu!! Byk sangat makanan, ada laksa, spaghetti, nasi lemak, ayam goreng, kuih muih, satay etc.. tp ntah napa perut aku trima nasi lemak je.. nasi lauk-lauk ni kurang lak time aku ngandung ni.
Dekat nak maghrib Aku & Co (skang nak pakai title ni je lah) chow sbb pas maghrib kang ada lagi satu umah nak pergi. So, sampai umah, perform Maghrib dan siap2 untuk ke rumah Lyn (budak opis aku) kat Tmn Cheras Indah (aduh.. depan opis je tu.. sampaikan anak aku tanya mama nak gi keje ker? keh khe keh..) Skali lagi aku jumpa nasi lemak dan sambal sotong kering. aduhai perut, napa la hanya nasi lemak je yang kau bleh trima?? Tapi mee kari nya pun marvellous gak! Anak3 aku apa lagi, dah nama pun mee kan, belasah tak hingat nye.. kena lak Ieda dan adiknya si Anje melayan makan anak3 aku, kesempatan tuk aku belasah nasi lemak dengan tenang. Senang aku bawa anak3 gi OH, ada je orang yang nak layan dorang ni.
pas lepak2 sambil makan2 kudapan lain, aku balik lah ke rumah dan antakan Nurul a.k.a Mek ngan Adam balik umah. Untuk pengetahuan, mek baru balik dari maternity leave, trus beraya sakan. Peluang hanya sekali, aku tgk dia belasah tak hingat punya.. bertuah ko, mek. Elok2 badan tu bleh slim, ko bantai cover bagi gemuk balik!
Sampai umah suma dah flat giler, tak larat dah. Aku pun dah tak larat nak melayan kerenah bebudak ni, mandikan dorang, pakaikan pyjama dan bagi susu. trus lelap suma. Barulah aku dpt regang urat2, solat Isya' dan tido. Esok ada agenda menanti........................
Ahad. 26.10.08
Menu breakfast kita pada pagi ni adalah roti bom dan nasi lemak Cik Bedah. lama giler tak pekena nasi lemak Cik Bedah ni. Makan pun dah kul bape masa tu. Pastu kitrg gi kenduri kawen anak sepupu mak aku (maknanya 2 pupu aku lah kan?) kat West Country, Kajang. Balik je dari kenduri kawen tu, kitorg trus follow menghantar pengantin Si Keri @ Aie anak Cik ita sebelah umah mak aku tu. Kahwinnya dengan orang Mewah je, so menghantar pun jalan kaki je lah reramai tengahari buta tu. Anak3 aku biasalah, bab berjalan ni mmg excited even panas terik pun tak hingat nye.
Macam2 ragam menghantar pengantin ni kan? Letih aku jadinya. Disebabkan panas terik sangat, aku tumpu pada minum air je, soal nasi suma tu soal ke2. Tak makan pun tak pe sebab tadinya dah belasah nasik sedap kat umah kenduri kawen tu. Pas dah ngantar, kitrg pun baliklah umah untuk merehatkan diri sbb petang kang nak balik ke Sban lak.
Janji asal ngan MIL nak kuar umah dalam kul 3 pm tp biasalah janji melayu (aku kan melayu), aku gerak dari rumah je kul 5.30. Memula nak kuar cepat skit tp adik ipar aku lak datang bawa goreng pisang dan keropok lekor. Makan dulu (makan kan????) Sampai Sban dah dekat nak Maghrib, MIL trus suruh call Mak Long Sg. Taling minta no phone Angah a.k.a Manjo sbb kitrg nak serbu umah dia. After dinner (smpt tu dinner dulu kat umah) kitrg pun gilah umah Angah kat Tmn Ampangan. Sosek la plak, Angah oii.. ingek kan berjayo lah jojak ghumah eh, tak pek do memalam ni moncari ghumah..
At last call, suh abang Ripin datang jemput kat depan Klinik Baiduri kat Jalan Tembusu. Umang aii, jauh gilo dari situ nak ke ghumah eh.. Sesampai je ada Shelly ngan Fairuz, Shikin ngan anak2 dia. Even dah dinner kat umah, still belasah gak Meehun sup ngan roti jala kari ayam. Apo jolah porut kitrg ni kan?? Piranha pun makan ado time, kitrg ni tak do time langsung. Ingat sempat lah nak gi umah Pak Uda Razak, sekali borak tak hingat kat umah Angah, langsung lajak pai pukul 11 gitu. Balik trus lah nampak gayanya. Akibat dan kesan dari kepenatan sepanjang hari, malam tu kitrg tido tanpa sedar sampai ke pagi.
ISNIN 27.10.08
HAPPY DEEPAVALI!! Hari ni kitrg ada planning baikkkk punya. Cik Hassan Tg Karang nak datang anak beranak untuk penutup Syawal (ke sempena Deepa). So, since pagi pas breakfast, MIL, PIL dan aku pulun masak untuk lunch. Ramai tu bai.... lebih kurang 20 orang tu. Lauk untuk nyambut tetamu udang harimau masak lemak cili api, labu masak lemak putih, ikan dory sweet sour, kubis goreng, dan sambal belacan serta timun dan kacang panjang.
Aku tengok dorang makan tak hingat, kena plak nasi panas ngan cuaca panas. Lawan ngan air batu.. perhhhh... ngesat peluh memasing. Lebih kurang pukul 1.45 camtu dorang gerak plak gi umah Cik Nan kat Paroi Jaya. This time kitrg pun bersiap lah nak ke OH Deepavali rumah Uncle Gopal (MIL nye officemate) kat Taman Bukit Kaya, Sban. Kat sana kitrg belasah beriani, ayam masak merah, curry mutton, curry ayam etc kuih-kuih. Sekali melayan muruku yang sedap bangat itu, tak hingat anak3 aku yang mengacau ikan2 kat luar umah.
Pas balik dr sana, kitrg gegas ke rumah dan packing barang2 nak balik kl. Then on the way back to KL kitrg singgah lak kat umah Cik Nan (B's uncle) kat Paroi Jaya tu. Makan pulak mee goreng ala mamak yang sedap gilossss tak hingat. Ntah pepe ntah perut kitrg ni lah! Ada je plak space tu nak sumbat lagik. Mee ni je aku makan 2 kali tambah. Kena ngan teh o suam ngan air masak, lagilah tak bleh berenti. Tapi disebabkan aku tak bleh tahan panas cuaca (meja makan tu tak de kipas daaa.. aku kan ke allergic skang ni ngan panas) so, aku lepak kat ruang tamu umah sambil meratah kerepek lak. Tak lama tu kitrg pun balik. Maghrib otw je.
Sampai umah dah dekat kul 9mlm, bantai lak B makan nasi bekalan MIL kat umah mak aku. Aku takat tengok je lah sbb kan aku kata perut aku kurang menerima nasi lauk-lauk ni? Dah kenyang memasing, berangkat ke pondok usang dan tido......

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..