Friday, June 6, 2008

HUKM Part 1

Entry kali ini untuk menjawab pertanyaan Nurul yang takut untuk bersalin di HUKM. Klaka juga rasanya bila ada orang yang kata HUKM tu tak bagus. Bilik bersalinnya pakai langsir je. Aku sendiri dah 3 kali bersalin kat sana; sekali dalam Operation Theatre dan 2 kali dalam Labour Room Bilik 10 dan 6. Memang lah ada langsir tp dia langsir kat pintu. pada aku doktor tak boleh tutup pintu 'bilik bersalin' kita sbb nanti dia tak boleh dengar bila kita jerit " baby dah nak keluar!!!" so, dia just tarik langsir tu supaya para suami yang lalu lalang sementara tunggu istri2 tengah dok meneran tu tak nampak kita yang terbaring ke, menonggeng ke, apa ke...
Dan sedikit pembetulan pada sesiapa yang kata wad HUKM tak bagus. Alhamdulillah setakat 3 kali aku bersalin kat sana, 2 hari admitted sbb kencing manis masa mengandung pada tahun 2005, 4 hari stay sebelum bersalin yang ke3 untuk pantau kencing manis yang tak seberapa (sbb laluan dah terbukak 4 cm), layanan nurse memang bagus. cumanya taklah sebagus Gleaneagles, Ampang Putri, Tawakal semua tu. itu sebab korang bayar khidmat dia so, diorg kenalah jadi bagus. kalau tak, jadi cam GH lah semua tu.
Pengalaman pertama
Aku admitted wad di Klinik Bersalin Bandar Tun Razak petang Khamis 24th June 2004 tanpa sakit, tanpa tanda cuma bukaan sebesar 2 cm. Sampai ke pukul 10.20mlm Jumaat tu masih tak de perubahan. Disebabkan pengalaman pertama jadinya aku tak soal kenapa aku tak dibagi balik ke rumah. Kalau pengalaman ke2, ke3, sure aku minta balik sbb bukaan tu memanglah teramat tak logik untuk dipecahkan water bagnya.
kul 10.40 Dr. M pecahkan water bag dengan alasan untuk memberi 'resa' bersalin dan meluaskan bukaan. Alhamdulillah, aku tak de rasa sebarang sakit sepanjang tempoh itu membawa ke pukul 2.30. Bukaan masa tu dah 10 cm dan baby bila2 masa boleh keluar. cumanya baby aku tu (Syamimi) masa tu teramatlah bijak pandai, bila kepalanya dah terjulur keluar, dan-dan tu dia twist bahu dia. Kalau kebiasaannya baby keluar muka menghadap bawah, tapi baby aku tu dah mengereng. Dr. L cuba forcep dan facuum tapi 2 2 cara tu failed. Aku minta dihantar ke HUKM pada pukul 4.30pg. Itupun setelah baby sangkut selama 2 jam di bawah dan heart beat dah tinggal 80. Hubby dah menangis tak ingat punya time tu. Aku alhamdulillah masih relax, malah sempat pesan kat hubby. anything biar aku mati, tapi whatever is tolong selamatkan baby.
Dalam pada menunggu ambulan sampai, 2 botol air campur ubat tergantung dan masuk ikut 2 belah tangan aku. Pun tak rasa sakit. Baca cam seksa sangat kan?? Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya untuk aku. Sedikit pun rasa sakit tak singgah kat aku masa tu. Bila ambulan sampai, aku dibawa naik dengan baby masih sangkut dan hubby follow naik keta. Sesampai je kat HUKM pukul 5.30pg, masuk je emergency section tu, hubby kena bambu ngan doktor tu kenapa lama sangat sangkut baru nak anta ke situ. Hubby aku cam biasalah relax je. Dia cakap "Doc, buatlah apa yang patut dulu, pastu nak marah saya, marahlah puas2". Dan part aku plak, Doc. Liza sapu gel dan tolak balik baby masuk dalam (can imagine the situation??)
Lepas check heartbeat baby, alhamdulillah seperti biasa. Subhanallah.. kuasa Allah.. team yang bertugas masa tu team orange dibawah pengawasan Prof. Zaleha. Doc pagi tu yang in-charge OT pagi tu Doc. Suraya dan Doc. Liza. Lepas semuanya selesai, aku pun ditolak ke OT dan hubby pun cepat2 anta info pada mak abah aku, MIL dan MIL trus call sepupu hubby yang juga doktor di HUKM tapi bahagian bius. Kebetulanlah pulak sepupunya off hari tu, kalau tak sure dia lah yang bius epidural aku masa dalam OT tu.
Dan the best part is kedua2 doktor ni kawan sepupu hubby. Kak Ayang straight away call HUKM minta sambung kat OT untuk cakap ngan Doc Liza. Dia mentioned suh pantau setiap kes aku sambil tunggu dia sampai ke HUKM. Dia tanya sejauh mana 'kecederaan' aku sbb siap ngan forcep dan facuum lagi. Doc Liza cakap baru nak mula ni.. tengah tunggu Doc lelaki sorang untuk epidural. Sepanjang operation tu, 4 kali aku muntah sbb sehari sebelum tu aku dok belasah murtabak ayamlah, air milo lah, dan pelbagai makanan yang terhidang kat pasar malam jumaat tu.. hehehe.. tapi adatlah kan, slalunya orang nak operate kena posa, tp perut aku penuh, pastu kena potong tang perut, surelah benda tu melonjak naik.
Bila baby dah kuar tu, baby diletak kat depan aku untuk aku tengok boy or girl. pas aku dilabelkan sebagai masih waras sbb kenal jantina anak, baby aku tu kena masuk ke NICU sbb dahinya luka kena forcep tu. Dan kepalanya bengkak sebab terlalu lama sangkut. berbalik kisah aku yang masih trapped kat OT. masa doktor nak jahit bawah tu dia ada mentioned : puan, minta maaf ye tp saya akan cuba buat yang terbaik untuk yang ni sbb koyaknya terlalu complicated. Kenapa doktor tu sanggup buat camni ye. Aku gelak jelah.. takkan aku nak suh dia wat jadi cantik plak?!
keluar dari OT aku ditempatkan di HDU untuk pantau jantung aku dan takut ada pendarahan. keuar dari OT kul 8.40, aku lepak kat HDU sampai kul 2.30 sebelum dihantar ke Wad Nilam. Sepanjang aku ditempatkan di HDU, hubby, kak ayang, MIL dan along ina datang. tapi ngantuk nye pasal, aku tido je tak layan sapa pun. Dorg pun tak bleh tengok baby melainkan hubby dan kak ayang (semua doc bole masuk sbb dorg ada pass). lepas dpt masuk wad biasa barulah petang tu katil aku penuh. parents in law aku datang, kak ayang memang mengulang aku dan baby di NICU tiap kali dia ada masa.
Malam pertama tu perut aku punyalah memulas sbb angin. Maklumlah last aku makan petang khamis tu. keluar dari OT tak de orang bagi pepe kat aku suh makan sbb aku masih dalam proses berpuasa. (ke dorang lupa yang aku wujud kat hospital tu : Dr. Rizhan tolong jawab kenapa agaknya tak dibenarkan makan?). disebabkan teramatlah penuh angin dalam perut, aku tak bleh kentut, tak bleh sendawa. aku dah macam ular nak bersalin kulit. tergeliat sana sini smpi kan budak katil depan tu (namanya Anna) bangun tengah malam tolong sapukan minyak cap kapak kat ulu hati aku (kat perut kan tak bleh sbb ada tampal kat bekas jahit tu). tak bleh gak jalan cara tu, aku jerit kat nurse suh bagi aku injection. yang aku ingat nurse tu bagi aku ubat syrup manis (halia ke apa ntah) 2 kali dan injection pun 2 kali. tak bleh lebih kak, nanti overdose katanya. Pastu aku ilang ingatan.. tido smpi ke pagi. rasa macam pastu aku bleh kentut kot!
esoknya pepagi sabtu aku dah bangun dan attendance suma tengah salinkan cadar. 2 orang attendance suh aku cuba bangun (dorg tolong lah!) aku pun lunjur kaki ke bawah dan bangun trus pas dorang tarik dan tak pandang bawah, takut pitam. pastu aku dok kat kerusi untuk elakkan dari pitam. okielah.. breakfast aku untuk pagi kesekian kali aku tak jumpa makanan tu adalah bubur nasi yang erk.... tasteless.. but then alhamdulillah at least aku ada benda nak bedal than nothing like a day before. kul 10, hubby sampai.. kira nya aku ni special case so, hubby bleh masuk ikut suka hati cuma tak bleh tunggu je. dia tanya nak gi tengok baby kat NICU tak.. aku pun rasa cam nak melonjak je. dia bawa wheelchair sebab dia igt aku tak bleh bangun lagi.. (terkejut dia tgk aku duduk kat kerusi sambil menikmati bubur hospital).
episod penuh kesedihan bermula. sedihnya aku tgk anak aku dalam besen tu (it's not incubator tapi tmpt baby yang macam dalam wad tu lah.. aku panggil besen je) tak de sebarang wayar pun, cuma kat kaki dia je sbb untuk tgk heartbeat dia. everything ok except kepala dia yang lebam birat tu. nangis aku masa tu. pastu hubby bitau " tangan kiri baby tak functioned sbb doc saraf kata ada saraf yang putus ". terkejut aku. sejak tu sepanjang baby dalam NICU 8 hari aku dok ulang alik tengok dia. sampaikan ada kes hubby lupa isi minyak keta. tetiba keta berenti after bus stop taman jaya tu on the way ke HUKM. imagine lah kul 10.30 mlm....... punyalah penatnya hubby aku. pagi sebelum masuk keja kul 10 (dia keje karyaneka masa tu) kitrg gi tgk baby, pastu dia anta aku balik. balik keje kul 8, amik aku gi balik ke HUKM..
kuasa Allah, pas kuar NICU HUKM hari ke 12, tangan baby bergerak.. iieeee.. doktor tu wat gempak je... alhamdulillah..
Moral of the story :
1) Jangan terlalu bergantung pada makhluk. Aku pilih klinik bersalin sebab dengar macam2 cerita tentang HUKM. Dan kat klinik tu aku cuma nak sorang doktor je yang incharge sbb according to sister in law aku doktor tu yang terbagus dan tip top. tapi kuasa Allah, doktor tu pun tak bleh nak handle case aku. Anyway thanks to her sbb dia pun dah cuba yang terbaik termasuklah mengaji sambil berusaha nak ngeluarkan baby.
2) Tak semua yang dikhabarkan buruk itu, buruk buat kita. Melalui pengalaman sendiri, HUKM taklah seburuk yang disangka. Malahan setakat ni HUKM the best untuk aku.
3) Yakin bahawa Allah sentiasa berlaku adil. Kejadian ini mungkin melibatkan dosa2 silam antara aku dengan Allah. Sebagai peringatan untuk aku muhasabah diri yang Allah sentiasa menanti salam kemaafan dari hambaNya.

Monday, June 2, 2008

Diet & Rules.

this morning i was highlighted a few things that i call it MY RULES TO BE FOLLOWED.

PLEASE REMIND YOURSELF TO :
1. Only take 1 cup of sweet drink per day with max 1 ts sugar. Try to take only tea / black coffe.
2. Avoid nasi lemak starting from 3rd June 2008.
3. Take only bread / nestum for your breakfast.
4. Light dishes for lunch. ex: vege, steam fish and small portion of rice.
5. Bread / Nestum / Kuey Teow for dinner.
6. Drink more plain water.
7. Reduce salt in your daily meal.
8. No more roti canai / roti telur.
9. Make breakfast yourself.

you know why? this is a reminder that anything can be happen during pregnancy period. i don't want to hospitalised again just because of diabetic. NOT AGAIN!!!!!
but then, will i follow? nasi lemak?? kacang goreng lah... bread / nestum? my favourite. make breakfast? i like it!!! just.... SWEET DRINK.. hahahaha.. 1 cup with max 1 ts sugar??? funny thing! i'm normally will make nescafe + 2 spoon sugar + 3 spoon creamer.. how delicious and sweet my nescafe!!!. mmmuuuahhhhhh!
will update later..

Pening.

Sedang berbalas-balas email ngan my MIL. Nak call memanglah teramat tak sesuai sbb byk keje. luckily dpt MIL yang bekerja, kalau tak susah gak nak tukar2 berita. Sekarang tengah highlight color untuk wedding adik ipar ni. Pening aku.. poket tengah kering laa ni.. MIL buat cadangan nak suh Syamimi jadik pengiring adik ipar smpi ke pelamin. nak kena beli gaun la plak. Syamimi tentu suka, tapi yang tak sukanya.. aku kena beli 2! nanti kang si Syamira pun nak jugak. Nak beli kasut lagi. alemak.. baju aku pun tak carik lagi kan? baju hubby pun belum. Rasa cam cancel je lah nak beli kat kamdar sebab diskaun cuma ada bulan Julai.. kan Julai bulan melawat kamdar!!! hehehehhe..

serius! serius!! itu baru sebut budget baju aku 5 beranak, belum buka topik minyak keta, tol... adoi.. sakit kepala aku.. aku baru je bayar hutang kat bank. takkan nak buat hutang baru kot??? tak beli baju kang kot aku jadik orang asing kat situ, ari tu. baju skang ni tak de yang match ngan theme tu langsung. kenalah aku carik gak sepasang. hubby lak?? lagi sian.. dia tak penah pakai baju siap. kena tempah. tempah pun mau makan ratus-ratusan tu.. ehm.. takkan nak pakai duit simpanan untuk beli suma ni??

kalaulah ada orang nak sedekah aku duit time ni kan??? kalaulah.. ada ker?? huhuhuuh.. nanti malam kita wat solat hajat ye.. kot esok ada cek melayang lak jatuh atas meja keja aku ni.. sapa tau!!

Laporan 1

Laporan ini merujuk pada kalendar aku yang bertanda oren.
Kenduri pada 1/6/08 telah selesai. Aku tak lah menolong cuma hubby yang byk membantu.
Aku? cam biasalah dekat nak balik tu, aku tolong tapau barang2 utk bawa balik ke KL.
kah kah kah.. kot tak kang, sapa nak perabihkan?
itupun just ambil kuih2 kering je, buat kudap2 dalam keta.
dari Pulau Indah kami ke Kg Idaman ke rumah mak ngah hubby.
alang2 dah smpi Klang, singgahlah. Nak datang lain kali kena fikir tol lah plak..
semua ada dan makanan pun ada! mak ngah pun goreng kuih kacang dan masak nasi.
wan masak gulai kuning keladi dan ada gulai ikan tenggiri semalam (ini yg paling best; gulai perangat)
hubby dan shidah makan lauk gulai kuning, aku dok belasah ikan bilis sambal kering (sedap tu!!)
ada plak telur dadar panas, terbukak selera.
sambil tu layan teh o plak, kak bib buat. perhhh... berpeluh...
pas solat asar lepak sat, hubby nak lelap..
selang 45 minit guruh berdentum. Syamira kejut ayahnya ajak balik.
on the way balik semua askar wataniah aku tido, so hubby pun lencong ke KL untuk selesaikan semua urusan bank aku.
sampai di rumah saing azan maghrib kat masjid.. penatnya tak bleh nak cite lah...
so, malam tadi lepas puas melepak, syamimi ajak hubby gi mcD untuk dinner, in the same time nak carik cd Barbie Mariposa bagi menggantikan cd lama yang dah rosak.
hubby pun turut kan je lah sbb pun tak tau nak dinner apa..
carik lain dapat lain.. Meet The Robinson tapi bila bawak balik tak dpt tgk sebab Syamira tak bagi tukar cd Barbie Dancing nya itu.. tido lebih baik lahhhh!!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..