Thursday, January 31, 2008

Tagged lagi.. (2)

Sejak kes tag metag ni, aku jadi sasau jap.. iyerlah.. aku ngetag orang ngan soklan yang cepumas, alih2 soklan tu patah balik kat aku.. macam boomerang plak (betul ke aku eja tu?) alahai sabrina.. aku beli je tag ko ni.. aku jawab.. aku jawab....

1)Nama penuh dan siapa yang beria-ia letak nama tu?
NORJULIANI BT MOHD NOOR. Mak abah aku yang letak sebab ... tak tau sebab tapi tak jugak beria-ia sangat.

2) Status diri sekarang?
Isteri kepada seorang suami dan mama kepunyaan 3 puteri.

3) Apa yang anda akan lakukan sekiranya boleh kembali ke masa lampau.
Nak belajar rajin-rajin, tak nak malas2 dan boleh score result terbaik (mampu ke patah balik?)

4) Perkataan yang paling suka disebut / sinonim dengan diri anda.
Tak baik tau!!!! & Ek'.

5) Orang yang sama tarikh lahirnya dengan anda di sekolah rendah
Kakak kombar den!.. Wargh... sejak lahir lagik...orang lain tak tau..

6) Siri kartun zaman kanak2 yang paling digemari.
Thundercat ngan Chipmunk & Friends.

7) Bahasa perantaraan keluarga.
Abah & Mak = Bahasa Melayu
Ayah Mertua = Bahasa Negri Sembilan
Mak Mertua = Bahasa Melayu + English
Familiku (Anak2 & Hubby) = Bahasa Melayu + English

8) Orang terakhir yang anda jumpa pagi ini.
Just now (still pagi lah..) Izam Sharil (Project Coordinator office aku) bagi tugas mencabar.. cis!

9) Zaman sekolah : Tingkatan berapa yang paling anda suka dan siapa teman yang paling mengingatkan anda tentang diri anda.
Form 5 - Dalia & Azlinda - 2 orang ni banyak simpan rahsia aku.

10) Bunga paling banyak di halaman / balkoni rumah.
Bunga?? Ya Ampun.. aku allergic ngan bunga... ada 1 je, bunga kertas bonsai hadiah dari Cik Nan (Pakcik Hubby) - masih idup since amek kat dia tahun 2003.

11) Baju favourite (sertakan gambar sekalik yeeee)
Baju kurung yang aku pakai ari ni. Heheheh.. nak tau pesal aku suka baju ni?
a) Sebab tak payah gosok
b) Sebab tak payah gosok
c) pun sebab tak payah gosok
KAH KAH KAH

Wednesday, January 30, 2008

Tagged lagi..

Sekarang ni giliran aku plaks mengetag kengkawan yang asik chat dalam blog smc95.. hah.. jawab ye kengkawan..... elly, ita, ain, sab.

1)Nama penuh dan siapa yang beria-ia letak nama tu?


2) Status diri sekarang?

3) Apa yang anda akan lakukan sekiranya boleh kembali ke masa lampau

4) Perkataan yang paling suka disebut / sinonim dengan diri anda.

5) Orang yang sama tarikh lahirnya dengan anda di sekolah rendah

6) Siri kartun zaman kanak2 yang paling digemari.


7) Bahasa perantaraan keluarga.


8) Orang terakhir yang anda jumpa pagi ini.

9) Zaman sekolah : Tingkatan berapa yang paling anda suka dan siapa teman yang paling mengingatkan anda tentang diri anda.


10) Bunga paling banyak di halaman / balkoni rumah.

11) Baju favourite (sertakan gambar sekalik yeeee)

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..