Saturday, December 29, 2007

Rumah sewa ku.... teruknya....






Alamat :- No. 18, Lorong Jujur 3

semalam aku rembat camera opis aku untuk amek gambar umah yang aku nak sewa sebelah umah mak aku. teruk gak lah keadaannya.. banyak yang aku kena ganti. nak harapkan tuan tanah .. opps.. tuan rumah memanjang kata dah abis modal nak wat..

terpaksalah aku laki bini cari duit sebab yang nak duduk tu kitorg kan.. ujung bulan claim balik kat tuan umah, tgk dia bayar ke tak bayar...

Thursday, December 27, 2007

Istirehat di rumah rehat..







20/12/07

Setelah penat kenduri kendara kat kg, aku & co pegi umah sewa company hubby yang tak jauh dari kg wan aku.. taman apa janganlah ditanya sebab aku bukan seorang yang prihatin pada nama jalan dan nama kg ni.. kat sinilah kitorg berehat sementara menanti waktu nak ke Klang plak untuk kenduri yang berikutnya..

umah ni best sebab ada aircond di hall dan master bedroom. so, hubby terasa cam berada di umah sendirik lah lepas kerja.. so, dapatlah aku & co berehat dan mandi manda. anak2 aku suka bangat duk umah ni (walaupun sekejap) sbb lapang dan nyaman je.. bak kata syamimi 'umah ayah ni best lah, kita tido sini je lah mama!'.. byk canteekkk muka ko, kakak?????








Perhimpunan Sepupu 2



Date : 20 Dec 2007
Venue : Kg Labohan Dagang, Banting
Special Occasion : Hari Raya Aidil Adha

Hari ni umat islam Malaysia menyambut Hari Raya AidilAdha. Seperti biasa aku anak beranak akan sambut raya haji ni di umah aku sendirik.. lepas solat raya baru pegi umah mak aku atau umah di mana mak mertua aku ada... hehehhe.. mak mertua aku brutal, tak kisah raya kat mana pun..

So, after solat raya aku gi umah mak aku dan pegi carik breakfast kat umah jenjiran.. dapatlah ketupat ngan kuah kacang favourite aku berserta rendang Negri 9.. lepas makan2 kitorg balik kg aku kat Banting (belah mak aku). Cam tak caya je punyalah ramai sepupu2 aku berkumpul kat sana.. sebab nya kitorg wat tahlil sekalik utk arwah atuk aku.. masa tgh baca doa pun ada lagik sepupu aku sampai...

tak lama tu aku gi Klang sebab malam ada kenduri plak kat umah mak ngah hubby. Mak mertua aku pun korban kat klang 1 bahagian. kitorg sampai around 5 something dan balik around 9.30pm.. kat sini tak de gambar lah sebab memasing dah penat.. tak ingat langsung nak amek gambar.. aku plak sibuk ngan baby yang tak selesa sebab penat sangat kot.. asik beralih tangan je sepanjang masa kat kg tadi....

Welcome back to ... office

Akum...

Adoi.. letih betul aku bercuti.. almaklum sajalah.. dengan princesses aku yang ber3 tu membuatkan cuti aku teramatlah penatnya.. ngalahkan bekerja lagaknya aku sepanjang cuti bermula 20/12 - 25/12..

Punyalah banyak aktiviti yang dilakukan.. sampai tak terlarat nak bukak kelopak mata each time bangun tido.. nantilah aku update kan satu persatu untuk kenangan dalam blog ni... tapi rasa cam kena rangka, kan.. aktiviti aku dan family sepanjang cuti ni.. let's us check it out!

1. 20/12 - sambutan hari raya aidiladha dan kenduri tahlil di banting sebelah pagi / tengahari
2. 20/12 - sesi berehat di rumah sewa hubby di banting (sementara menunggu waktu ke klang)
3. 20/12 - sambutan hari raya aidiladha dan kenduri di klang sebelah malam.
4. 21/12 - perjalanan pulang ke seremban bagi persiapan pertunangan adik ipar (Asran)
5. 21/12 - sesi membuat hantaran untuk pertunangan Asran
6. 22/12 - hari pertunangan asran (adoi... hari paling penat dalam sejarah bercuti!!!!)
7. 23/12 - pulang dari seremban - membawa berita kurang senang..??
8. 24/12 - sesi pindah umah (move to along's hse.. dekat skit ngan umah mak.. dekat banyak dik oiiii!!)
9. 25/12 - sesi menghias umah baru - aktiviti mengecat dan menyimen lantai luar...

itulah agenda aku yang perlu diupdate.. tapi sayangnya semua gambar bermula dari no 4 - 6 ada dalam laptop mak mertua aku.. bermakna lambat skitlah nak update.. dan gambar dari no 7 - 9 tak de dalam perkhidmatan (lupa nak snap sbb teramatlah sibuksz nya....)

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..