Thursday, December 6, 2007

Menginjak remaja

06.12.07
Semlm dah post gambar Form 5.. ari ni nak post gambar masa baru jadik remaja..
Klakar plak aku tgk gambo aku masa form 1 ni.. hehehe.. nerd nyer memasing nyer muka. Tapi inilah tahunnya yang mengajar aku erti persahabatan, erti sekolah menengah! Tahun ini jugak banyak kisah kelaka yang jadi termasuklah adanya system WANTED yang dicreate oleh Cikgu Raja Roslan (cikgu sejarah kitorg ni.. garang tp siok sbb dia ajar masuk kepala hotak).. siap pakai no macam banduan lagik..
cuma teka aku yang mana satu?? kalulah anak aku tgk gambo ni sure dia gelak sakan.. mama dia tembam semacam je time ni.. kah kahkah... manalah perginya Cikgu Norhan Mahmud ni? Aku ingat lagik, Man Panjang masa ni sombong.. cam dia sorang ada koleksi ensiklopedia kapal terbang.. hantu betul.. nak pinjam pun tak bagi. Razman Pahri yang paling besar dalam kelas (selain dari yusrizal yang sama je besarnya.. rendah skit jek kan?), pastu si Rizal Azam yang kecoh tu.. tiap kali nyanyi lagu sekolah sure tekankan perkataan AZAM tu.. merujuk pada bapak dia.. cis... nakalnya masa sekolah dulu..
tapi skang ni tak tau mana lah semuanya menghilang.. ada a few name yang aku tak ingat sangt.. sbb ni tahun 91 kan.. 16 tahun susah berlalu.. tapi kenangan tetap ingat.. aku duduk kat tepi tingkap ngan rasilah pastu pindah ke tepi pintu belakang sebab kat tepi tingkat tu ada sarang tebuan.. depan aku ernawati ngan nona. depan lagik masrah khairi dengan ....... noorakmal lah rasanya... sebelah kiri aku suhartini wardi.. ish.. mana minah ni hah? form 2 dia dah pindah ke Penang sebab kalu tak silap mak dia meninggal. Alamat akhir dia Bukit Jambul.. ada sesapa tau tak???


Wednesday, December 5, 2007

Teman seperjuangan ...

5.12.07

tadi aku received email dari yus. ada attachment gambar kelas aku masa kat smc.. suh aku update nama sorang2, mana yang tak ingat just remark with ??.. yus.. mana bleh aku lupa kengkawan aku.. semua nama aku ingat, walaupun bukan nama penuh.. semua tu rakan seperjuangan yang susah untuk dilupakan..



merenung gambar scan tu membuatkan hati aku menangis. aku rindu pada kenangan dulu. semua pahit manis yang aku lalui di sekolah menengah cheras, masih terasa sampai ke hari ini. kisah bergaduh, bertekak, berkongsi kisah peribadi semuanya bermain dalam kotak fikiran aku sekarang ni.. huh.. susah rupanya nak menghakis kenangan, lebih2 lagik kenangan yang menghiris kalbu.



kengkawan.. mana korang? tak rindu ke pada aku? ehm.. siapalah aku kan untuk dirindui. tapi sekurang2nya hubungi lah untuk mengeratkan kembali silaturrahim kita. Pn. Zainab, macamanalah agaknya cikgu sekarang ye? mesti cikgu tertanya-tanya apa khabar anak2 murid cikgu kan? jadi manusia berguna ke atau manusia yang dipergunakan?


Ahaks...

5/12/07

Ehm.. baru balik dari lunch.. tadi makan kat kedai oren je sebab ari ni driver bertauliah tak de, ada meeting kat selayang. so, grup aku just jalan kaki dan makan kat stall yang biasa je. Skang ni time lunch dah siok, tak mcm dulu2 lagi dah. makin hari makin ramai orang join. breakfast pun cam2 gak... patutlah aku rasa cam seluar dah ngam2 je butang nye.. ahaks.. dah gemuk balik..

malam tadi ada wat makan2 skit kat umah sempena birthday mak aku. nona yang open table.. aku manalah ada duit kan.. well.. kecohnya, macam kenduri kawen lagaknya. yang paling kecoh tu dah semestinya anak2 aku yang keletah tu.. hehehe.. naik letih adik2 aku melayan dorg.

rasa cam ada benda aku nak highlight kat blog ari ni tapi dah lupala. nanti je lah aku highlight. petang skit ke.. ehm.. aku dah ada scanner kat sebelah ni rasa cam blehlah slalu scan gambar2 lama. kena selongkar lemari nak carik album.. ada lagik ker???


Monday, December 3, 2007

Perhimpunan Sepupu

3/12/07

First of all, HAPPY BIRTHDAY to my lovely mom and mother in law. Hari ni ke 2 2 orang tersayang aku ni menyambut hari lahir yang ke 59 & ke 54. Semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur untuk masing-masing dapat beribadat dan mendapat rahmat dariNya.

Pagi2 tadi masa anta anak aku g umah mak, aku dah cium mak aku sambil ucap Happy Birthday. Igt malam ni nak celebrate skit tapi tak tau lah gaji aku dah kuar ke belum. My mak mertua plak, baru je aku call ni, sambil bergelak ketawa.. ada ke patut suara aku pun dia tak cam? Macam ramai sangat menantu dia.. hehehehe.. bakal ada sorang lagik, soon. Competitor? Tak lah kot.. aku tetap aku.. mana aku pergi, macam ni lah juga. tak cuak sekelumit pun... bergantung pada nawaitu aku treat mak mertua aku. Hehehe.. pandangan mata orang camna ye??

Okaylah.. malas nak citer banyak.. semalam aku menghadiri kenduri kawin 2 pupu aku di Morib. Kebetulan rumah sepupu mak aku ni dekat sangat ngan site hubby di Morib. Jumpalah ramai gak sepupu2 aku sendirik (alkisah adik beradik mak aku ramai, so, sepupu2 aku bersepah). Lepas makan2 (lauknya banyak tapi semua masakan jawa.. menangis perut hubby aku makan.... DIA TAK SUKA MASAKAN JAWA!!!!) aku balik umah Wan aku di Bukit Changgang (skang ni ucu aku duk umah tu.. patut ker aku kata UMAH UCU)..

Mak aii... tergamam + terkejut aku tengok.. ramai nya kat umah.. Anak ucu aku je dah 3 orang, anak mak tam aku sorang (the only WAWA), sekalik... cik sam aku yang polis kat IPD PD tu ada sama.. anak dia 6 orang.. campur anak aku 3.. tak kecoh umah tu.. tapi sebenarnya yang kecoh sangat tu bukan anak2, tapi mak-mak ni.. termasuklah aku yang terpaksa join group mak-mak (tah mcmana semlm aku sorang je yang ada.. sepupu yang lain tak singgah umah wan aku pun!)

Dalam pada kecoh tu sorang anak acik sam, si fadilah dapat 5A UPSR. ehm.. rezekilah dia sebab hubby aku favorite tul kalu budak lulus cemerlang ni.. dapatlah RM50.. dgr2 semlm dia call sana sini nak masuk KGV.. tgklah kalu ada rezeki kan..

Aku peratikan wan aku senyum je semalam.. happy tul dia anak cucu dia balik kg. Riuh seketika umah tua tu. kena plak ubi kayu cicah sambal sardin cair.. aik.. hentam 2 pinggan besar pun tak cukup rasanya. anak2 aku biasalah... sentiasa jadi perhatian.. dah tentu sorang je baby pun masa tu.. kena usung ke hulu dan ke hilir lah..

Petang tu bila kitrg nak balik wan aku termenung je. makcik2 aku pun dapat habuan dari hubby aku.. iee.. sayang tul dorg ngan hubby aku.. jeles lah......

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..