Friday, November 9, 2007

Family Day

9/11/07 - Semalam Deepavali. Kebetulan hubby duty di Morib, so semalam dia ada kat rumah. Kesempatan ni aku manfaatkan dengan keluar dengan hubby dan anak2. Bermula dengan breakfast di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak di gerai biasa No. 16 Gerai Kak Imah. Lama dah tak breakfast kat luar. Anak2 aku pun siok lah makan sambil melayan STAR Lrt yang lalu-lalang tak kira masa tu.

Tengahari lebih kurang kul 12.45 camtu, aku gi Batu Caves anta CPU pada cousin hubby aku. Dah berkurun kat umah aku tak pakai. Nak kata menyemak pun tak jugak tapi aku return pun sebab dia dah nak guna sesangat. Laptop dia kena reformat. Lepas anta CPU, aku ajak hubby gi Tesco Extra kat Taman Midah. Carik barang dapur yang dah banyak abis. Cadang nak beli sikit je lah memandangkan poket aku bulan ni kempis semacam je. Tapi dah masuk Tesco tu, mata ni tak tertahan-tahan dan tangan ni ringan je plak sambar sana sini.

Hubby pun request aku masak spaghetti. Dah lama tak makan katanya. Okaylah.. carik punya carik barang-barang, aku pun calling-calling adik beradik aku ajak makan sekali. Sebab dah lama sangat aku tak wat makan-makan ngan family besar aku ni. Dulu masa lum delivered yang last ni, every week aku wat makan2 kat umah. Guest nya bukanlah orang VVIP pun, adik beradik ngan mak abah aku je. Kekadang anak2 jiran mak aku yang mak aku jaga tu tumpang seperut dan semulut.

Lepas roger n out aku pun balik umah siapkan apa yang patut. Perut berkeroncong ni, tak makan tengahari lagik. Pagi pun aku hentam nasi himpit je sebab kena berpantang, si kecik ni kena demam campak plak....
Dekat nak abis masak, adik-beradik aku pun sampai. Dorg gi shopping kat JJ. Sampai on time... nampak sangat tak nak tolong aku masak .... lepas makan2 semua, kul 6 camtu suma orang balik.. tinggallah aku anak beranak ngan adik2 aku...

dapat call plak dari mak mertuaku.. on the way ke KL, ada open hse Deepavali. Okaylah.. aku jenguk spaghetti atas meja tinggal secekak je. tanya kat hubby nak masak baru ke.. dia kata no need, dah kenyang tu diorng. Okaylah.. aku pun lepaks jap, masuk maghrib, solat pastu anta adik2 aku balik umah. Sampai umah aku balik anak2 aku dah meragam nak tido sbb sepanjang siang dorg tidur 10 mins je. Kul 10 camtu family hubby sampai, borak2.. then balik.. tinggallah aku ngan hubby yang kepenatan melayan 'tetamu-tetamu' istimewa kitorg..

Rasanya kalah orang yang celebrate Deepavali semalam... penat sampaikan aku solat Isya' kul 4.30am... dahsyat tak????? tapi at least aku gembira sebab dapat layan family besar ktrg... dan anak2 serta masak tuk hubby aku.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..